27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Boikot bukan sebab kaum, tapi demi kesucian Islam – Akmal

Mesti Baca

KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh yang ‘diserang’ dari setiap penjuru kerana menggesa orang ramai memboikot rangkaian kedai serbaneka yang menjual stoking kalimah Allah terus mempertahankan pendiriannya.

Terbaharu, beliau membidas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Foke yang mengaitkan tindakannya itu sebagai satu sikap perkauman.

Membalas kenyataan tersebut, Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, apa yang dilakukannya itu bukan soal perkauman tetapi untuk menjaga kesucian agama Islam.

Justeru, katanya, jika kedai orang Islam yang menjual barang sama sekalipun, mereka bukan sahaja diboikot malah berdepan tindakan lebih teruk daripada itu.

“Ini bukan soal perkauman, ini soal menjaga kesucian agama Islam. Jika ada mana-mana pihak yang mencemarkan agama Islam, tidak kira bangsa mahupun fahaman politik, kita akan tetap lawan habis-habisan.

“Yang memainkan isu ini sebagai isu perkauman ini kamu!!!,” tegas beliau menerusi Facebooknya hari ini.

Advertisements

Sebelum ini Akmal menggesa orang ramai memboikot rangkaian kedai serbaneka KK Mart kerana menjual stoking dengan kalimah Allah sehingga mencetuskan orang ramai, khususnya umat Islam.

Walaupun pengasas KK Mart sudah memohon maaf dan mengakui kesilapannya, namun Akmal menggesa gerakan boikot diteruskan sebagai pengajaran kepada sesiapa yang menghina Islam.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim murka dan menzahirkan rasa dukacita berhubung isu penjualan stoking dengan kalimah Allah dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi mengelak insiden sama berulang.

“Sama ada ia disengajakan ataupun tidak, sama ada ia diimport atau dikeluarkan di kilang tempatan, saya mahu penguatkuasa siasat dan ambil tindakan sekeras-kerasnya mengikut lunas undang-undang yang ada supaya pisang tidak berbuah dua kali,” titah Seri Paduka Baginda.

Yang di-Pertuan Agong juga bertitah, adalah tidak masuk akal sebuah syarikat dengan kakitangannya terdiri daripada warganegara Malaysia tidak peka dengan perkara sedemikian.

“Sudah sekian lama kita hidup dalam sebuah negara majmuk. Kesilapan isu agama dan kaum sebegini tidak boleh diterima dan dibenarkan untuk berlaku lagi,” titah Seri Paduka Baginda. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan