31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

King Sing tiada hak desak UMNO tekan Akmal – Puad

Mesti Baca

MENTERI Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Ting King Sing tidak ada hak untuk mendesak UMNO menekan Ketua Pemuda parti itu, Dr. Akmal Saleh berhubung isu boikot rangkaian kedai serbaneka KK Mart.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bahkan berkata, menteri itu juga tidak ada hak untuk menakutkan UMNO kononnya parti itu akan kehilangan sokongan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menggesa King Sing tidak memutarbelitkan isu kalimah Allah pada stoking yang dijual di KK Mart sebagai isu perkauman.

“Boikot bukan isu kaum. Sebab itu bila agensi umrah menipu walaupun ia milik orang Islam agensi itu tetap diboikot. Tiada kompromi bab Islam,” katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik di Facebook,

Oleh itu, Puad mengingatkan King Sing jangan bawa naratif lapuk dalam isu ini kononnya ia merosakkan keharmonian rakyat, hilang peluang pekerjaan dan bawa kesan buruk pada ekonomi negara.

Sebaliknya, kata beliau, semua itu musnah sekelip mata jika pergaduhan agama tidak dikawal.

Advertisements

“KK Mart mesti bertanggungjawab. Mereka pihak terakhir menentukan produk itu terjual di premis mereka.

“Kementerian Pelancongan gantung lesen Emraz Travel kerana menipu. Kenapa Tiong tidak desak lesen KK Mart digantung sementara? Jangan main-main isu kalimah Allah,” tegas Puad lagi.

Semalam, King Sing dalam kenyataannya mendesak kepimpinan UMNO supaya tidak membiarkan Dr. Akmal menggunakan platform Pemuda UMNO bagi mengejar agenda peribadi dengan menunggang isu kalimah Allah.

Menteri itu turut mendesak Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh supaya bertindak tegas terhadap Akmal yang juga seorang Exco Kerajaan Negeri.

Menyifatkan Akmal sebagai angkuh dan keterlaluan, King Siang berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau itu mesti berhenti memainkan isu kalimah Allah kerana ia sebagai bersifat perkauman.

Katanya, tindakan Akmal boleh merosakkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan