33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Zionis ‘ketagih’ rampas tanah penduduk Palestin, bina penempatan haram Yahudi

Mesti Baca

RAMALLLAH – Pendatang Yahudi semalam dilapor mula membina penempatan haram di selatan Tebing Barat yang dijajah dari Palestin selepas merampas tanah penduduk Palestin.

Agensi berita Anadolu memetik saksi melaporkan, sejumlah besar pendatang menceroboh Kampung Halhul, utara Hebron.

Ketika penduduk Palestin tidak dibenarkan memasuki kawasan yang diisytihar sebagai ‘zon tentera’, pendatang haram Yahudi membuat persiapan kerja-kerja pembinaan selepas meletakkan bendera Israel di kampung itu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berulang kali mendakwa beliau akan menjajah kesemua blok penempatan haram dan Lembah Jordan pada hari ini di bawah perjanjian bersama sekutunya, Benny Gantz.

Jurucakap pihak berkuasa Palestin mengancam untuk memansuhkan perjanjian dua hala dengan Israel jika rejim Zionis meneruskan rancangan mereka sekali gus menjelaskan penyelesaian dua negara.

Penjajahan itu berpunca daripada ‘Perjanjian Abad Ini’ yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, 28 Januari lalu.

Perjanjian itu merujuk Baitulmuqaddis sebagai ‘ibu negara tidak berpisah’ selain mengiktiraf kedaulatan Zionis di sebahagian besar Tebing Barat.

Pegawai Palestin berkata, di bawah rancangan AS, Israel akan merampas hampir 40 peratus Tebing Barat termasuk Baitulmuqaddis Timur.

Kira-kira 650,000 pendatang Yahudi tinggal di lebih 100 penempatan haram di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur sejak 1967.

Palestin mahu wilayah-wilayah itu termasuk Genting Gaza bagi penubuhan sebuah negara masa hadapan Palestin. – AGENSI

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan