28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Kebakaran hutan, Kalimantan Tengah isytihar darurat

Mesti Baca

JAKARTA – Wilayah ketiga terbesar Indonesia, Kalimantan Tengah mengisytiharkan perintah darurat hari ini selepas mengesan lebih 700 titik panas akibat kebakaran hutan.

Channel News Asia melaporkan, jurucakap agensi pencegahan bencana Kalimantan Tengah, Alpius Patanan berkata, perintah itu akan dikuatkuasakan sehingga 28 September ini.

Katanya, paras kecemasan itu masih pada peringkat pertama yang menuntut kepada peningkatan pemantauan dan usaha memadam api peringkat awal.

“Usaha mencegah kebakaran hutan sedang digiatkan kerana musim panas di setiap daerah di Kalimantan Tengah bermula pada Julai,” katanya.

Advertisements

Mengikut data, sebanyak 715 titik panas dikesan kelmarin melibatkan kawasan seluas 85.5 hektar.

Barito Utara dan Kotawaringin Timur merupakan antara daerah yang meningkatkan status kesiapsiagaan mereka berikutan kebakaran hutan.

Sementara itu, Jurucakap Greenpeace Indonesia, Kiki Taufik berkata, langkah kerajaan memotong bajet berikutan penularan wabak Covid-19 dikhuatiri mengakibatkan kebakaran lebih besar dan masyarakat perlu menangani bencana itu sendiri.

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan