26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Hasil pertemuan perlu dibawa kepada parti – Khaled

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, adalah perkara biasa bagi ketua-ketua parti yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengadakan pertemuan.

Bagaimanapun, kata beliau, apa yang penting setiap perkara yang dibincangkan itu perlu dibawa balik kepada parti masing-masing untuk mendapatkan sokongan dan persetujuan.

“Yang penting setiap perkara yang dibincang perlu dibawa balik ke parti masing-masing untuk mendapat sokongan dan persetujuan.

“Dan inilah yang diamalkan khususnya oleh UMNO kerana mengenepikannya hanya akan menjadikan sesuatu keputusan itu indah khabar dari rupa,” kata beliau menerusi Instagramnya hari ini.

MOHAMED KHALED NORDIN

Khaled mengulas pertemuan ketua-ketua parti menyokong kerajaan PN dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam yang turut dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Muhyiddin menerusi Facebooknya semalam berkata, pertemuan tersebut bagi memperkukuhkan persefahaman serta kerjasama demi kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Selain Zahid, turut hadir dalam pertemuan itu ialah Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas), Datuk Seri Wee Ka Siong (MCA), Tan Sri S. Vigneswaran (MIC), Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg (PBB), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian (SUPP), Datuk Seri Tiong King Sing (PDP), Tan Sri Dr James Jemut Masing (PRS), Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili (PBS), Tan Sri Joseph Kurup (PBRS) dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR).

Mesyuarat selama dua jam itu turut dihadiri oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Ketua Whip Kerajaan PN dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Setiausaha Agung Bersatu. – Edisi 9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan