26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Dakwaan kempen BMF ditaja parti politik berniat jahat, menyimpang

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh AMINUDDIN YAHAYA

Kempen BMF tidak pernah ditaja oleh mana-mana parti politik kerana ia adalah gerakan umat Islam merentas parti politik yang digerakkan oleh usahawan-usahawan, NGO-NGO dan pembeli-pembeli Muslim di akar umbi masyarakat.

Jika mahu menegur komitmen mana-mana parti politik mengenai kempen BMF sebelum dan selepas menjadi kerajaan, tidak mengapa kerana memang kita perlu saling menasihati tatkala terleka.

Malah, kita sangat alu-alukan. Tetapi untuk meletakkan label bahawa kempen ini DITAJA oleh mana-mana parti politik, itu adalah satu dakwaan yang berniat jahat dan menyimpang.

Kami sekretariat penganjur yang menggerakkan kempen ini menggunakan duit poket masing-masing sahaja walaupun kami tidaklah kaya-raya tetapi berkat rezeki daripada Allah, kami dapat bergerak.

Advertisements

Sehingga hari ini, tidak ada satu senpun kami mendapat peruntukan daripada sesiapapun, apatah lagi parti politik.

Jika kempen ini ditaja oleh parti politik, pasti kempen ini subur dan pesat membangun di negeri-negeri yang diperintah oleh parti tersebut. Dan pastinya usahawan-usahawan Muslim di negeri-negeri tersebut sudah kaya raya.

Janganlah cuba mempolitikkan kempen ini. Apa faedah yang anda dapat daripada cuba menyeret para usahawan dan peniaga yang tidak bersalah ke kancah pergaduhan politik kalian?

Akhirnya yang rugi hanyalah peniaga-peniaga dan usahawan-usahawan Muslim yang baru sahaja hendak bertatih ini manakala politikus tetap kaya-raya menikmati segala elaun.

Sudahlah tidak mahu membantu malah hanya membuat kacau sahaja. Adakah mereka ini seronok menghalang usaha kebaikan, iaitu usaha membantu saudara Muslim yang lain?

Adakah ini ‘rahmatan lil alamin’ yang diperjuangkan? Jangan sampai rakyat semakin benci dengan politik akibat kerakusan para politikus yang suka mengheret rakyat dalam permainan mereka. Berilah ruang untuk rakyat marhaen bernafas. Cukup-cukuplah.

Kepada pejuang-pejuang kempen BMF sekalian, teruskan menyokong usahawan-usahawan Muslim kerana agenda memperkasakan ekonomi umat ini adalah perjalanan yang panjang. Usah pedulikan ‘nyamuk-nyamuk’ yang datang mengacau ini kerana mereka hanya tahu ‘menghisap darah’ sahaja! 

Teruskan istiqamah. Kempen ini kempen kita semua!

  • Penulis adalah Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan