31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Raikan yang baru, bekas petugas Utusan lama jangan dilupakan – Najib

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berharap dalam kita mengalu-alukan kemunculan semula akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo!, nasib bekas petugas Utusan lama jangan dilupakan.

Bekas Perdana Menteri berkata, tidak mudah perjalanan bagi warga Utusan beberapa bulan ini namun percaya akhbar yang sinonim dengan perjuangan orang Melayu itu akan terus membawa berita kepada kita.

“Tidak mudah perjalanannya bagi warga Utusan beberapa bulan ini. Namun, saya percaya dengan usaha dan berkat Allah SWT, akhbar yang sinonim dengan perjuangan orang Melayu ini akan terus membawa berita kepada kita. Maju selangkah demi selangkah.

“Dalam kita mengalu-alukan kemunculan semula akhbar ini, nasib bekas petugas Utusan yang lama sehingga ada yang terabai, jangan kita lupakan,” kata beliau menerusi akaun Facebooknya hari ini.

Beliau mengulas penerbitan semula kedua-dua akhbar yang dihentikan penerbitannya pada Oktober tahun lalu berikutan penutupan Utusan Melayu (M) Berhad yang diisytihar muflis oleh pihak pengurusan.

Penutupan syarikat penerbitan yang berusia 80 tahun itu menyebabkan lebih 800 petugasnya hilang pekerjaan serta-merta dan sehingga kini mereka masih menuntut pampasan yang masih belum dibayar.

Turut menuntut pampasan ialah kira-kira 800 bekas petugas lain yang mengambil Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) setahun sebelum itu yang sehingga kini hanya menerima tidak sampai separuh pampasan seperti yang dijanjikan.

Utusan Malaysia dan Kosmo! kini diterbitkan semula di bawah Media Mulia Sdn Bhd., syarikat yang dikaitkan dengan gergasi media Kumpulan Media Prima.

Akhbar itu kini berada di bawah satu bumbung dengan akhbar-akhbar yang pernah menjadi saingan mereka iaitu Berita Harian dan Harian Metro. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan