25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Mural Agong, PM di Shah Alam jadi mangsa vandalisme

Mesti Baca

APA nak jadi dengan sikap rakyat Malaysia? Mural yang memaparkan wajah Yang di-Pertuan Agong dan wira-wira Covid-19 yang terletak di Taman Cahaya Alam, Shah Alam menjadi mangsa vandalisme.

Lebih mengecewakan mural yang turut memaparkan wajah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah baharu siap beberapa minggu lalu.

Mural tersebut dihasilkan oleh pelukis berasal dari Terengganu, Muhammad Suhaimi Ali bersama dua rakan lain yang dihasilkan untuk mengenang para pemimpin negara yang mengetuai barisan hadapan melawan Covid-19.

Turut dilukis ialah wajah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Albakri dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mural tersebut yang dihasilkan kira-kira dua minggu lalu menjadi tumpuan orang ramai untuk merakamkan foto.

Advertisements
Seri Paduka Baginda ketika melawat kawasan mural di Shah Alam. – Foto Istana Negara

Seri Paduka Baginda, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong pernah melawat kawasan mural tersebut selepas ia siap dihasilkan.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian orang ramai dalam media sosial hari ini, mural tersebut telah diconteng dengan cat berwarna merah dan ditulis dengan perkataan-perkataan yang biadap dan menjijikkan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menggesa pelaku yang terlibat merosakkan mural wira-wira negara itu ditangkap segera dan dihukum dengan hukuman yang sewajarnya.

“Tangkap segera orang yang terlibat rosakkan mural/lukisan dinding ini. Harap ada CCTV yang berhampiran. Tidak kira siapa terlibat, vandalism seteruk ini sangat tidak kena kepada adab rakyat Malaysia,” kata beliau menerusi ciapan di twitternya.

Mural tersebut kini ditutup kepada orang ramai. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan