28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Rosakkan harta sekolah: CAP cadang ibu bapa tanggung rugi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERSATUANPengguna Pulau Pinang (CAP) menegaskan ibu bapa perlu memikul tanggungjawab terhadap perbuatan kumpulan pelajar tular merosakkan kemudahan sekolah menengah di Seberang Perai Selatan (SPS), di Pulau Pinang.

Pegawai Pendidikan CAP dan aktivis, NV Subbarow berkata, adalah lebih baik kumpulan pelajar berkenaan memperbaiki barangan yang rosak dengan perbelanjaannya ditanggung daripada ibu bapa.

Menurutnya, perbuatan itu telah menimbulkan keburukan dan titik hitam dalam sektor pendidikan.

“Pihak pengurusan sekolah tidak sepatutnya mengeluarkan belanja (bagi memperbaikinya) dan ia perlu menjadi pengajaran.

“Daripada menghalau pelajar yang merosakkan bilik darjah itu, lebih baik mereka membaiki barangan yang rosak dengan perbelanjaan daripada ibu bapa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Subbarowlagi, CAP juga menyokong hukuman dengan membabitkan mereka dalam khidmat masyarakat.

Dalam pada itu, beliau menyatakan perbuatan merosakkan bilik darjah sekolah adalah satu bentuk keganasan dan ibu bapa patut mengecam tindakan biadap pelajar berkenaan.

Advertisements

Menurutnya lagi, tindakan berkenaan juga menimbulkan rasa malu dalam kalangan guru dan pelajar yang lain.

“Keganasan ini juga dilihat seperti adegan ganas dalam filem yang mengajar mereka bersikap kurang ajar sehingga pelajar tidak ingat bahawa sekolah adalah seperti tempat ibadat.

“Video perbuatan itu yang tular di media sosial memaparkan tindakan vandalisme pelajar berkenaan dilakukan dengan gembira.

Terdahulu, tular dua video masing-masing berdurasi 28 saat dan 58 saat di media sosial memaparkan beberapa pelajar bertindak menendang pintu bilik darjah dan tandas sehingga pecah serta merosakkan kerusi malah mereka turut dilihat merosakkan kipas sambil bergelak ketawa.

Terdahulu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang memaklumkan, pelajar itu akan dibabitkan dalam khidmat komuniti sebagai intervensi sahsiah dan adab bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

Keputusan itu dibuat selepas pihak sekolah memanggil murid yang terbabit bersama waris mereka bagi membincangkan isu berkenaan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan