31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PH juga tukar speaker tanpa buat undian – Najib

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak supaya tidak terlalu memberi tumpuan terhadap isu pertukaran speaker Dewan Rakyat kerana tindakan itu tidak menyalahi undang-undang.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Najib berkata, undang-undang jelas menyatakan Parlimen boleh menukar speaker Dewan Rakyat pada bila-bila masa, seperti undian yang diadakan untuk menyingkirkan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

Menurutnya, ahli Parlimen pembangkang kecoh apabila usul melantik bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun sebagai speaker baru diterima tanpa undian.

“Saya ingin mengingatkan pembangkang, ketika Pakatan Harapan membentuk kerajaan Persekutuan dan mencadangkan Tan Sri Ariff sebagai speaker, tiada undian juga.“

“Malah ada video mengenainya dalam talian, jadi agak hipokrit mereka mengkritik pelantikan speaker baru sedangkan mereka melakukan perkara sama,” katanya.

Ahli Parlimen Pekan itu turut mengingatkan pihak pembangkang bahawa Azhar adalah pilihan PH untuk mengetuai SPR.

“Jika anda fikir beliau bukan seorang yang adil, bukan orang yang berkebolehan atau tidak berintegriti, mengapa anda melantiknya sebagai pengerusi SPR ketika itu? Atau anda fikir pilihan raya tidak perlu adil dan berintegriti?” soalnya.

Katanya, pembangkang perlu fokus kepada isu yang menjejaskan rakyat, seperti Covid-19 dan ekonomi, bukannya bermain politik.

Beliau menambah, mereka harus menjadi pembangkang yang efektif dan berdebat menggunakan fakta dan angka.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan