26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PM bimbang kes Covid-19 meningkat dua digit, pertimbang wajibkan pemakaian pelitup muka

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan kebimbangan beliau berhubung peningkatan kes positif Covid-19 di negara ini yang mencecah angka dua digit sejak kebelakangan ini.

Muhyiddin berkata, walaupun kes Covid-19 kekal rendah, namun beliau bimbang dengan kewujudan 13 kluster baharu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) termasuk empat kluster yang berpunca dari mereka yang pulang dari luar negara.

Menurutnya, beliau sentiasa memantau perkembangan terkini Covid-19 global yang belum berakhir dan terus mencatatkan peningkatan tinggi dengan hampir 14.5 juta jangkitan diikuti lebih 600,000 kematian.

“Situasi ini tidak boleh diambil mudah oleh kita semua, saya pasti saudara saudari tidak mahu kerajaan kembali melaksanakan perintah berkurung sekiranya kes-kes baharu meningkat dengan mendadak.

“Cukuplah tiga bulan kita semua berkurung di rumah untuk memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19. Sekiranya PKP terpaksa dikuatkuasakan semula, unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar untuk tahun 2021 mungkin tidak tercapai.

“Perniagaan terpaksa ditutup semula dan kadar pengangguran di tahap 5.3 peratus pada Mei 2020 boleh meningkat secara mendadak. Ini keadaan yang mesti kita elakkan,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian semasa berucap mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang dilaksanakan sejak 10 Jun lalu, hari ini.

Perdana Menteri dalam pada itu berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan langkah untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam.

Beliau menjelaskan, perincian mengenai langkah itu akan diumumkan apabila peraturan yang berkaitan dimuktamadkan oleh kerajaan.

Ujarnya, amalan kebiasaan baharu mesti diteruskan rakyat dan jangan kerana kes Covid-19 semakin berkurangan, mereka tidak lagi memakai pelitup muka.

“Jangan kerana kes-kes Covid-19 semakin berkurangan, kita tidak lagi memakai pelitup muka di tempat awam. Pakai lah jangan tak pakai,” tegas Perdana Menteri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan