31.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 29, 2024

Wanita dalang conteng mural pemimpin negara?

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) merakamkan dua individu dipercayai wanita menconteng mural gergasi pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam dekat sini.

Rakaman yang didedahkan laman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS itu menunjukkan suspek yang menaiki sebuah kereta dirakam meletakkan kenderaan mereka berhampiran lorong yang memaparkan lukisan mural tersebut. 

Mereka kemudiannya menconteng lukisan itu kurang daripada dua minit sebelum meninggalkan lokasi kejadian.

Mural gergasi itu memaparkan pemimpin negara termasuk potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam pada itu, polis telah meneliti rakaman CCTV di lokasi kejadian untuk mengenal pasti pelaku terlibat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan sedang dijalankan pihaknya untuk tindakan lanjut.

Advertisements

“Buat masa ini saya tidak boleh dedahkan lebih lanjut. Biar polis jalankan siasatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan sangat dukacita dengan perbuatan vandalisme terhadap mural pemimpin negara tersebut.

Istana Selangor dalam satu kenyataan berkata, Sultan Sharafuddin bertitah, contengan kata-kata kesat di lukisan mural gambar Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan serta beberapa pemimpin lain itu sebagai perbuatan sangat biadab.

“Baginda juga kesal dan kecewa kerana kejadian ke atas sebuah hasil karya seni berlaku di Selangor.

“Baginda menghargai karya seni pelukis tempatan seumpamanya,” titah baginda hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Di sebalik keunggulan prestasi SPM, ada isu masih membelenggu

Oleh DR ABD RAZAK ZAKARIA PENGUMUMAN Keputusan rasmi Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan bahawa pencapaian keputusan...

Lagi Artikel Berkaitan