24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Wanita selamat lahirkan bayi selepas sejam disahkan hamil

Mesti Baca

JAKARTA – Seorang suri rumah di Tasikmalaya, Jawa Barat dilapor selamat melahirkan seorang bayi lelaki selepas sejam dia disahkan hamil.

Portal Detik News melaporkan, tambah mengejutkan, wanita itu hamil ketika dia sedang didatangi haid.

Berita kelahiran ‘bayi ajaib’ itu didedahkan akaun Facebook Taofik Romdoni yang juga tokoh masyarakat Desa Mandalasari.

“Subhanallah….. Inilah tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Allah telah menganugerahkan seorang bayi lelaki kepada sepasang suami isteri dengan proses kehamilan hanya satu jam tidak dalam waktu sembilan bulan.

“Bahkan melahirkannya pun dalam keadaan haid. Semoga menjadi anak yang soleh dan beriman,” tulis Taufik Romdoni.

Hasil siasatan Detik News mendapati, insiden pada pukul 9.30 malam waktu tempatan itu berlaku di Desa Mandalasari, mukim Puspahiang, daerah Tasikmalaya, kelmarin.

Ibu kepada bayi itu dikenali sebagai Heni Nuraeni, 28 manakala ayahnya Heri, 35,.

Ditemui di rumahnya, Heni mengaku mula merasa pelik pada perutnya pada pukul 8 malam.

“Awalnya, bahagian kanan perut saya mengeras dan juga membesar diikuti gerakan secara tidak teratur,” katanya.

Advertisements

Sejam kemudian, Heni merasakan perutnya memulas hingga ibu bapanya memanggil bidan datang ke rumah.

Tepat pukul 9.30 malam waktu tempatan, Heni selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.4 kilogram dengan panjang 48 sentimer.

Heni mengaku dia tidak pernah merasakan dirinya hamil selama sembilan bulan selain tidak mengalami tanda dialami ibu hamil.

Malah ujarnya, semasa melahirkan anaknya, dia didatangi haid.

“Tidak tahu hamil. Biasa haid teratur tiap bulan juga, malah anak saya yang kedua dilahirkan secara pembedahan,” tambah Heni.

Meski pun masih terkejut, kelahiran anak lelaki itu disambut dengan meriah oleh ahli keluarga.

Bayi yang sihat itu diberi nama Lingga Cipta Radeva dan keluarganya berharap bayi tersebut menjadi pembawa keberkatan untuk mereka sekeluarga.

Kes melahirkan anak tanpa hamil pernah terjadi dalam dunia perubatan dan ia disebut sebagai ‘cryptic pregnancy’.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan