25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

PRU Singapura: Kerusi PAP merosot, Parti Buruh naik

Mesti Baca

KEPUTUSAN pilihan raya umum Singapura yang dilaksanakan dalam suasana wabak Covid-19 menyaksikan parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) terus mendapat mandat rakyat negara itu.

PAP yang memerintah selama enam dekad menang 83 daripada 93 kerusi parlimen dan meraih 61.24 peratus undi popular, merosot berbanding 69.9 peratus dalam PRU pada 2015.

Sebaliknya Parti Pekerja (WP), parti pembangkang yang memberi saingan terkuat pula menambah kerusi yang dimenangi daripada enam kerusi sebelum ini kepada 10 kerusi.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam sidang media secara telesidang awal pagi ini berkata, keputusan PRU memberi mandat jelas kepada pemerintah, dan mencerminkan sokongan yang meluas kepada PAP.

“Ia juga mencerminkan keinginan yang jelas bagi kerencaman suara di Parlimen,” kata Lee dalam bahasa Melayu seperti dilapor Berita Harian Singapura.

Sumber: Berita Harian Singapura

Lee yang juga Setiausaha Agung PAP berkata demikian dalam sidang media secara telesidang, kira-kira 4 pagi hari ini selepas keputusan GE2020 diumumkan.

Beliau mengucapkan tahniah kepada WO atas prestasi mereka, namun meluahkan kekecewaan selepas PAP kehilangan kerusi GRC Sengkang, serta pasukannya termasuk Menteri di Pejabat Perdana Menteri Ng Chee Meng dan Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kesihatan) Dr Lam Pin Min.

“Saya dan pasukan saya akan berkhidmat kepada semua rakyat Singapura, tidak kira parti mana yang mereka undi.

“Biarpun anda tidak mengundi PAP, kami akan terus mendengar pandangan anda, berusaha untuk memenuhi keprihatinan anda, dan cuba lagi untuk memenangi sokongan anda,” katanya. – Agensi

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan