32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Herleena mohon maaf, gesa henti semua serangan peribadi

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pengacara Bernama TV, Herleena Pahlavy tampil memohon maaf kerana menggelarkan agensi berita antarabangsa Al Jazeera sebagai ‘Al-Jahiliah’.

Menurut wanita ini, beliau menyedari telah sengaja menyakiti sebilangan rakyat Malaysia dengan apa yang dikatakan dan ucapan yang tidak beretika sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak menghentikan serangan dan gangguan peribadi terhadapnya serta pihak-pihak yang berkaitan dalam semua media sosial.

“Hai saya @herleenapahlavy dan saya dengan ikhlas meminta maaf dan bertanggung jawab penuh atas kekurangan dari saya yang telah menyusahkan ketua saya, @suhaimisulaiman, menteri komunikasi
@saifuddinabd, PM tersayang @MuhyiddinYassin, @AJEnglish dan kepada semua rakyat malaysia.

“Saya sedar bahawa saya dengan tidak sengaja telah menyakiti sebilangan rakyat Malaysia dengan apa yang saya katakan. Ia tidak beretika dan sesuatu yang saya ucapkan pada saat itu.

“Saya benar-benar menyesal atas semua yang berlaku. Yakinlah bahawa kejadian seperti itu tidak akan berlaku lagi,” katanya menerusi akaun twitternya.

Advertisements

Dalam program Malaysia Petang Ini yang disiarkan Bernama TV Isnin lalu untuk membincangkan dokumentari kontroversi media antarabangsa itu, Herleena menggelar Al Jazeera sebagai Al-Jahiliyah.

Dokumentari Al Jazeera bertajuk Locked Up in Malaysia’s Lockdown itu mendakwa berlaku diskriminasi terhadap pendatang asing tanpa izin dari segi layanan terhadap mereka ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani pandemik Covid-19.

Ekoran itu, beliau dikatakan telah dikenakan tindakan oleh agensi berita tempatan tersebut sepertimana dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Susulan itu pelbagai pihak termasuk Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tampil mempertahankan tindakan wanita berkenaan yang dianggap ‘patriotik’.

Sementara itu, Herleena menafikan dakwaan dia telah digantung atau diberhentikan daripada agensi berita tempatan itu sebaliknya masih merupakan kakitangan Bernama dan menjalani hukuman positif.

Katanya, akibat perbuatannya itu, dia dikehendaki mengikuti semula kelas kewartawanan yang dikendalikan oleh Suhaimi, seminggu sekali selama tiga bulan sebelum dibenar mengendalikan semula program bual bicara.

“Buat masa ini, saya akan terus membaca berita mengikut jadual saya,” katanya.

Tambah beliau, sebagai warganegara dunia, dia menentang perkauman,
diskriminasi, xenofobia dan intoleransi yang berkaitan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan