26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

8 hari ditinggal ibu sendirian di rumah, budak maut kelaparan

Mesti Baca

TOKYO – Kejam, seorang wanita di Jepun tergamak meninggalkan anak perempuannya yang baru berusia tiga tahun bersendirian di rumah selama lapan hari sehingga budak itu akhirnya meninggal dunia kerana kelaparan.

Tambah mengejutkan, wanita itu meninggalkan anaknya di Tokyo dipercayai hanya kerana dia ingin berjumpa teman lelakinya yang tinggal di wilayah Kagoshima atau 965 kilometer dari kediamannya.

Saki Kakehashi, 24, kini ditahan polis selepas anak perempuannya, Noa, meninggal dunia selepas
ditinggalkan berseorangan di pangsapuri mereka.

Japan Times melaporkan, wanita itu mengakui kesalahannya, dan memberitahu penyiasat bahawa dia percaya ‘tidak mengapa’ untuk meninggalkan kanak-kanak itu sendirian di pangsapuri mereka di Ota Ward Tokyo.

Ketika Kakehashi pulang ke kediamannya pada 13 Jun lalu, dia mendapati bahawa Noa sudah tidak bernafas dan terus membuat panggilan kecemasan.

Noa dikejarkan ke hospital namun dia disahkan sudah meninggal dunia.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian Noa adalah disebabkan hidrasi dan kelaparan yang teruk.

Malah, terdapat ruam pada bahagian punggungnya selepas lampin dipakainya tidak ditukar bagi satu tempoh yang lama.

Polis percaya Kakehashi secara rutin mengabaikan dan mendera kanak-kanak itu ketika pusat asuhan mendakwa Noa sudah lebih setahun tidak dihantar ke premis itu.

Malah, pangsapuri tempat tinggal dua beranak itu selepas Kakehashi bercerai dengan bapa Noa pada 2017 turut dipenuhi dengan timbun an sampah. – Agensi

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan