32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Israel ubah suai masjid jadi rumah ibadat Yahudi, kelab malam

Mesti Baca

TEL AVIV – Israel bertindak biadab apabila mencemari kesucian masjid-masjid di wilayah yang dirampas mereka dari Palestin, sama ada premis itu dimusnahkan, diubah status dan ditutup.

Memetik laporan Middle East Monitor, sekurang-kurangnya ada 40 masjid di Israel yang dihancurkan, ditutup atau diabaikan pihak berkuasa rejim.

Selain itu, sebanyak 17 buah masjid diubah statusnya sama ada menjadi kelab malam, restoran atau muzium.

Sebagai contoh, Masjid Al Ahmar di utara pekan Safed di ubah menjadi dewan konsert ketika Masjid Al Jadid di bandar Caesarea diubah menjadi kelab malam.

Masjid Zaydani di Tiberias turut mengalami nasib serupa apabila pihak berkuasa Israel menghalang usaha membaik pulih apatah lagi melarang penduduk Arab beragama Islam daripada beribadah di situ.

Menurut jurucakap jawatankuasa masyarakat Arab di Israel, Kamal Khatib, kegemilangan masjid di Israel hanya berlaku sebelum peristiwa Nakba, tragedi yang menyaksikan penduduk Palestin melarikan diri ke Syria dan Lebanon.

Advertisements

“Namun selepas Nakba, masjid mula dimusnahkan terutamanya di kampung-kampung. Masjid lain turut diubah menjadi gereja, bar, muzium, kafe atau restoran,” katanya.

Khatib berkata, pihak berkuasa Israel mengabaikan sentimen masyarakat Islam antaranya memusnahkan kawasan perkuburan Islam di Jaffa walaupun dibantah penduduk setempat.

Selain itu, pihak berkuasa Israel turut membuat undang-undang yang merampas hartanah penduduk Palestin yang meninggalkan rumah mereka ke kawasan lain.

Israel bagaimanapun menafikan dakwaan mereka menggunakan masjid untuk tujuan lain selain beribadah.

Kementerian Luar Israel pada 2015 mendakwa, terdapat 400 buah masjid di Israel dan jumlah penganut yang menggunakannya meningkat lima kali ganda sejak 25 tahun lalu.

Khatib bagaimanapun menafikan dakwaan Israel dengan mendakwa kerajaan rejim tidak pernah membina sebuah masjid pun dalam sejarah wilayah itu.

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan