30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 24, 2025

Bayar kos kuarantin atau pas lawatan dibatalkan – JIM

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Warga asing yang enggan membayar kos kuarantin mereka sepanjang diarahkan menjalani perintah itu berdepan kemungkinan dibatalkan pas lawatan jangka panjang mereka.

KHAIRUL DZAIMEE DAUD

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, keengganan warga asing itu disifatkan telah menjejaskan usaha kerajaan untuk mengekang penularan Covid-19.

Menurutnya, mulai 24 Julai 2020, kerajaan mewajibkan semua warganegara dibenarkan pulang dan warga asing yang diberi kebenaran masuk, dikuarantin selama 14 hari.

“Bagi warga asing, mereka dikehendaki menanggung sepenuhnya kos kuarantin berkenaan.

Advertisements

“Dalam perkara ini, JIM memberi amaran akan membatalkan pas lawatan jangka panjang yang dimiliki oleh warga asing berkenaan sekiranya mereka enggan membayar kos kuarantin tersebut,” katanya.

Khairul Dzaimee berkata, antara jenis pas yang terlibat ialah pas suami atau isteri kepada warga negara, pas lawatan kerja sementara, pas lawatan Ikhtisas, pas penggajian (ekspatriat), pas ‘Malaysia My Second Home’ (MM2H) dan lain- lain kategori.

Ujarnya, JIM menasihatkan supaya semua warganegara asing dan rakyat tempatan mematuhi arahan dan peraturan semasa serta peka dengan pengumuman terkini dari agensi kerajaan berhubung langkah pencegahan pandemik Covid-19.

“Mereka akan dikenakan tindakan undang-undang jika ingkar arahan atau gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Diskaun 50 peratus bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina

KERAJAAN hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus daripada kadar  biasa sempena perayaan Tahun Baru Cina 2025,...

Lagi Artikel Berkaitan