32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Covid-19 dikesan di utara Syria, kesihatan pelarian terancam

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh RAZALI AWANG

KUALA LUMPUR – Kes pertama jangkitan Covid-19 dilaporkan dikesan di Bab al Hawa, Idlib, Syaria pada Khamis.

Menurut Ketua Pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Gazientep Turki, Mamoud Daher, pesakit adalah doktor lelaki warga Syria, berusia 30-an dan bertugas di salah sebuah hospital di Bab al Hawa.

“Dia disyaki dijangkiti Covid-19 dan disahkan positif. Perkembangan itu membimbangkan kerana keadaan persekitaran yang padat dengan pelarian selain kekurangan kemudahan kesihatan.

Advertisements

“Kami perlu pertingkatkan usaha dengan semua pihak di lapangan untuk memastikan tiada jangkitan Covid-19, jika tidak ia menjadi masalah besar,” katanya seperti yang dilapor France 24.

Jurucakap kesihatan Maram al Shaikh yang dipetik Reuters berkata, mereka dengan sedih mengumumkan hari ini kes pertama coronavirus membabitkan pekerja kesihatan di salah sebuah hospital di barat laut Idlib.

Susulan perkembangan itu, hospital berkenaan ditutup dan kesemua yang berada di situ telah dikuarantin.

Sebelum ini, kes Covid-19 hanya disahkan berlaku di kawasan yang dikuasai rejim Bashar al Assad. Damsyik mengesahkan 372 kes jangkitan dengan jumlah kematian 14 nyawa. – Edisi 9

  • Penulis adalah Perunding Media Syria Care

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan