24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Harimau Malaya setaraf pasukan 100 terbaik dunia – Pan Gon

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KUALITI yang dipamerkan Harimau Malaya ketika seri 2-2 dengan pasukan di ranking ke-94 dunia, Syria memberi isyarat bahawa anak buah Kim Pan Gon kini setaraf pasukan 100 terbaik dunia.

Pan Gon berkata, pasukan Qasioun Eagles itu menghukum dua kesilapan Malaysia di babak pertama biarpun ketika itu perlawanan agak seimbang antara kedua-dua pasukan.

Biarpun berada di ranking jauh di kedudukan ke-136 dunia, pengendali dari Korea Selatan itu berkata, anak buahnya mampu menyaingi rentak Syria serta mencipta beberapa peluang berharga.

“Secara amnya pada separuh masa pertama, prestasi kita agak bagus, kita setara untuk melawan dengan pasukan ke-94 dunia. Saya rasa ada dua kesilapan yang menghukum kami.

“Namun di separuh masa kedua, kita tunjukkan ketahanan dan mampu mengejar semula permainan dan memberikan tentangan sehingga ke akhirnya,” katanya selepas perlawanan.

Advertisements

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium East-Town Football Park di Chendu, semalam, Syria memperoleh gol awal pada minit ke-12 menerusi penyudah berkesan Mardik Mardikian.

Pasukan bimbingan bekas pengendali Inter Milan, Hector Cuper itu menggandakan jaringan sebelum rehat menerusi tandukan Yassin Samia yang terhasil daripada sepakan penjuru.

Pan Gon kemudiannya melakukan beberapa perubahan di separuh masa kedua dan ianya berhasil apabila dua pemain gantian, Akhyar Rashid dan Darren Lok masing-masing meledak satu gol bagi mengikat perlawanan.

Dalam pada itu, jurulatih skuad kebangsaan itu dijangka akan menguji taktikal baharu ketika turun berdepan China, Sabtu ini.

“Kami mahu tahu kedudukan kami dan akan berterusan menyerang, saya rasa kita perlu bermain agresif dan memberikan cabaran. Kami perlu lakukan yang terbaik untuk menyerang dan cuba untuk menang,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan