27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

PRK: Muhyiddin dakwa ucapannya dimanipulasi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa ucapan beliau dalam satu ceramah politik berhubung fatwa haram undi calon Pakatan Harapan (PH) telah dimanipulasi pihak tertentu.

Ahli Parlimen Pagoh itu menjelaskan, beliau tidak mengeluarkan fatwa hukum syarak bahawa haram mengundi calon PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat.

Sebaliknya kata Muhyiddin, beliau hanya secara berkias menyebut ‘saya bagi hukum haram’ dengan tiada niat bahawa ia adalah fatwa hukum syarak.

“Saya tahu apa yang disebut itu bukanlah fatwa hukum syarak, saya selepas itu menyebut ‘ada esok ni yang mencabar saya ni ikut fatwa mana’,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Advertisements

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sebagai seorang yang faham tentang hukum-hakam agama, beliau tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang fatwa agama.

Ini kerana katanya, di negara ini terdapat badan-badan tertentu seperti Majlis Fatwa yang mempunyai bidang kuasa mengeluarkan fatwa selepas mengadakan muzakarah dengan ulama dan ilmuwan.

“Saya percaya hadirin yang mengikuti keseluruhan ucapan semasa ceramah tersebut faham maksud saya. Berdasarkan respon hadirin pada malam itu saya yakin mereka tidak mengambil kenyataan saya secara serius sebagai suatu fatwa agama.

“Saya percaya ucapan saya telah diambil secara di luar konteks dan dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk mengelirukan orang ramai,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan