34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Covid-19: Marc dan Alex Marquez reka helmet khas tanda solidariti

Mesti Baca

PASANGAN adik beradik pasukan MotoGP bagi Repsol Honda,. Marc dan Alex Marquez mengumumkan rekaan helmet terbaharu mereka yang direka khas sebagai solidariti terhadap penularan virus Covid-19.

Helmet tersebut juga sebagai tanda penghormatan kepada semua petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi penularan virus pandemik berkenaan.

Selain itu ia juga bagi menghargai sumbangan orang ramai yang turut memain peranan untuk tinggal di rumah ketika perintah kawalan pergerakan.

Lebih menarik, helmet itu akan dilelong selepas dipakai oleh kedua-dua beradik itu ketika perlumbaan pembukaan MotoGP musim 2020 iaitu pada Grand Prix Sepanyol, 17 Julai ini.

Lelongan itu akan tamat pada 27 Julai ini dan hasil jualan helmet termasuk sarung tangan dan kasut lumba yang dipakai ketika perlumbaan berkenaan itu akan disalurkan kepada pertubuhan Palang Merah Sepanyol.

Bidaan itu dibuka kepada umum dan bagi sesiapa berminat boleh melakukannya di http://www.catawiki.es/Marquezforcovid19.

Pandemik yang mula menular sejak hujung tahún lalu itu setakat ini menunjukkan jumlah kumulatif kematian global kini mencecah 545,000 kes.

Angkat kematian global meningkat 5,000 kes dalam tempoh 24 jam lalu. Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 131,000 kes.

Brazil dan United Kingdom berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan 66,000 dan 44,000 kes korban.

Manakala, kes kematian di Itali dan Mexico akibat virus berkenaan pula melebihi 34,000 dan 32,000 kes.Sementara itu, Perancis dan Sepanyol masing-masing mencatatkan 29,000 dan 28,000 kes kematian COVID-19.

India menjadi negara tertinggi di Asia catat kes kematian dengan lebih 21,000 kematian direkodkan.Negara lain masih merekodkan angka kematian di bawah 12,000 kes. – Agensi

Terkini

Lebih 27,000 kandungan provokatif diturunkan sejak awal tahun

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan sebarang penyebaran kandungan provokatif yang...

Lagi Artikel Berkaitan