28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, August 8, 2022

Mersing kekal milik UMNO – Ahmad Zahid

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – UMNO akan merampas semula kerusi Parlimen Mersing daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pilihan raya umum yang akan datang.

Penegasan itu dibuat Presiden Parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

“Minta maaf ke, salah tafsir ke, kerusi Mersing kekal milik UMNO. UMNO kekal relevan,” tulisnya.

Ahmad Zahid dipercayai membuat kenyataan itu merujuk kepada video tular merakamkan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang menyifatkan UMNO Sabah sebagai sebuah “parti yang tidak laku”!

Berikutan pendedahan rakaman itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menggesa Abdul Latiff meletak jawatan sebagai menteri Kabinet.

Susulan pendedahan video itu juga, Abdul Latiff membuat permohonan maaf sekiranya kenyataannya itu menyinggung perasaan mana-mana pihak dan menegaskan ia hanya pandangan peribadi bukannya Bersatu.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi menerusi hantaran Facebook miliknya menyokong kenyataan Presiden parti untuk mengambil semula Parlimen Mersing daripada Bersatu.

“Terbaik kenyataan Datuk Seri Presiden. Pemuda UMNO Malaysia sokong dan dokong!,” tulis beliau.

Sementara itu, Ketua UMNO bahagian Mersing, Mohd Youzaimi Yusof merakamkan ucapan terima kasih beliau terhadap ketegasan Ahmad Zahid dalam isu berkenaan.

Baca juga:   RUU Antilompat Parti sudah dibentang kepada jemaah menteri

“Saya Ketua UMNO Bahagian Mersing mewakili ahli-ahli UMNO sangat berbangga atas kenyataan ini. Terima Kasih Daun Keladi,” tulis beliau dalam ruangan komenpada hantaran Presiden tersebut.

Baca juga:   UMNO, BN ‘tunjuk taring’ bila tiba masanya - Ahmad Zahid

Abdul Latiff mewakili Parlimen Mersing selama 5 penggal berturut-turut sejak 1999 atas sehingga 2018.

Pada 2018 beliau sekali lagi memenangi kerusi itu atas tiket Barisan Nasional (BN) mengalahkan calon Bersatu dan PAS dengan majoriti 8,459 undi. Beliau menyertai PPBM pada 2019.

Terkini

SMK Bohor Jaya bernilai RM59 juta dijangka siap Januari 2025

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Bohor Jaya di Pulau Langkawi, Kedah membabitkan kos sebanyak RM59 juta dijangka siapsepenuhnya pada Januari 2025. Menteri Kanan...

Lagi Artikel Berkaitan