32.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 3, 2023

MPOB galakkan minum minyak sawit merah

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Amalan meminum minyak sawit merah memang digalakkan kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi khasnya vitamin A dan E.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir yang dipetik Malaysia Kini berkata, kempen minum sesudu minyak sawit sehari yang dijalankan MPOB adalah merujuk kepada minyak sawit merah, bukan minyak sawit yang yang biasa digunakan untuk memasak.

“Sebenarnya yang kita kempen sesudu minyak sawit sehari adalah minyak sawit merah, bukan minyak masak.

“Ia merupakan sumber vitamin A dan E yang sangat baik untuk jantung, kesihatan mental, untuk diabetes dan sebagainya,” katanya.

Beliau hadir pada sidang media sempena program Jom MSPO (Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia) peringkat Kelantan di Machang, hari ini.

Turut hadir dan merasmikan program itu ialah Pengerusi MPOB, Ahmad Jazlan Yaakub, merangkap anggota Parlimen Machang.

Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan mengenai kempen minum sesudu minyak sawit sehari yang popular ketika zaman Pakatan Harapan sebelum ini.

Ahmad Parveez berkata, ada empat atau lima syarikat yang menjalankan proses menghasilkan minyak sawit merah.

“Kita ada minyak sawit merah jenis premium yang mempunyai kandungan vitamin yang tinggi dan digalakkan agar kita minum sesatu sudu sehari untuk membekalkan vitamin A dan E harian,” katanya.

Baca juga:   Muhyiddin, sawit dan peneroka Felda

Menurut beliau lagi harga minyak sawit merah dalam bentuk cecair adalah lebih murah jika dibandingkan dengan dalam bentuk kapsul.

Baca juga:   Muhyiddin, sawit dan peneroka Felda

“Kalau kita nak beli dalam bentuk kapsul harganya mahal, kalau beli sebotol (minyak sawit merah) dalam RM20 boleh tahan dua tiga bulan dan dapat membantu kesihatan kita,” katanya.

Menurut Ahmad Parveez lagi minyak sawit merah itu mengandungi khasiat yang lebih baik daripada minyak zaitun.

“Allah bagi kita minyak sawit suatu yang cukup baik. Saya rasa kita di Malaysia cuba memanfaatkan supaya kita boleh ambil satu sudu sehari,” katanya.

Beliau menambah, produk itu semakin mendapat sambutan yang baik di kalangan rakyat Malaysia.

Wartawan

Terkini

Isu Kedah-Pulau Pinang: Tindakan tegas sebar maklumat palsu

TINDAKAN tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu berkenaan isu sempadan Pulau Pinang dan Kedah. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan