32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Bintang Glee, Naya Rivera dikhuatiri lemas

Mesti Baca

BINTANG siri drama komedi Glee, Naya Rivera  dipercayai lemas selepas anak lelakinya ditemui berseorangan di dalam sebuah bot disewa pelakon itu di sebuah tasik California Selatan, semalam.

Pejabat Syerif Ventura County berkata, pelakon berusia 33 tahun itu menyewa bot di Lake Piru, barat daya Los Angeles kira-kira pukul 1 petang semalam.

BBC melaporkan, usaha mencari Rivera sedang dijalankan bagi menyatukan semula bintang itu dengan anaknya.

Kira-kira tiga jam kemudian, sebuah bot lain menemukan anaknya dalam bot disewa Rivera, bersendirian, tanpa Rivera di sisinya.

Petugas di tasik berkenaan kemudian memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa yang kemudiannya melakukan operasi pencarian di kawasan itu menggunakan helikopter, dron dan pasukan penyelam.

Difahamkan, kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan dan penyiasat diberitahu bahawa ibunya sedang berenang tapi tidak kembali semula ke dalam bot.

Kelmarin, aktres itu berkongsikan gambar dalam Twiter dengan menciap: “Just the two of us (Hanya kami berdua),”

Rivera pernah mendirikan rumahtangga dengan aktor Ryan Dorsey Dan dikurniakan seorang anak lelaki, Josey Hollis Dorsey. – Agensi

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan