30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 24, 2025

Mayat bintang Glee ditemukan di tasik California

Mesti Baca

POLIS Amerika Syarikat (AS) mengesahkan mayat yang ditemukan di sebuah tasik di California, semalam sebagai bintang televisyen Glee, Naya Rivera.

BBC melaporkan, Rivera, 33, hilang Rabu lalu selepas menaiki bot bersama anak lelakinya di Tasik Piru.

Bagaimanapun, anak lelaki Rivera berusia empat tahun itu ditemukan bersendirian dan tertidur di dalam bot oleh orang awam.

Pada sidang media di lokasi kejadian, jurucakap Pejabat Syerif Ventura County, Syerif Bill Ayub berkata, polis yakin mayat itu adalah Rivera.

Katanya, tiada petunjuk berlakunya unsur khianat mahupun pelakon itu membunuh diri.

Anak lelaki Rivera memaklumkan kepada polis ibunya pergi berenang namun tidak pulang selepas itu.

Advertisements

Operasi mencari dan menyelamat secara besar-besaran Rivera turut melibatkan penggunaan pengimbas sonar, penyelam, anjing pengesan, helikopter dan kapal selam kawalan sendiri yang dilengkapi kamera.

Jurucakap polis, Sarjan Kevin Donoghue, polis mengerahkan kesemua aset dalam operasi itu.

Katanya, anak Rivera mendakwa melihat ibunya hilang di dasar air.

Sementara itu, rakan Rivera yang membintangi Glee, Jane Lynch merakamkan ucapan takziah menerusi Twitter.

“Naya, awak akan sentiasa dirindui,” kata seorang lagi bintang Glee, Josh Sussman. – Agensi

Advertisements

Terkini

Diskaun 50 peratus bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina

KERAJAAN hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus daripada kadar  biasa sempena perayaan Tahun Baru Cina 2025,...

Lagi Artikel Berkaitan