31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Didakwa hina Islam, Rihanna digesa mohon maaf

Mesti Baca

LOS ANGELES – Bintang pop Rihanna digesa meminta maaf kepada umat Islam selepas menggunakan lagu mengandungi petikan hadis semasa satu pertunjukan fesyen pakaian dalam miliknya, baru-baru ini.

Mail Online melaporkan, penganjuran pertunjukan fesyen pakaian dalam jenamanya, Savage x Fenty berlangsung 2 Oktober lalu yang turut dikongsi di rangkaian Amazon Prime.

Bella Hadid, Cara Delevingne, Demi Moore merupakan antara model mewarnai pertunjukan fesyen itu.

Di sebalik penggunaan model menjolok mata, namun perkara yang menjadi tumpuan ramai adalah pemilihan lagu mengiringi pertunjukan fesyen itu.

Insiden itu mengundang kemarahan ribuan peminat yang mendapati penyanyi kelahiran Barbados berkenaan menggunakan lagu berjudul Doom yang dicipta oleh Coucou Chloe yang menggunakan petikan hadis Nabi Muhammad S.A.W. mengenai hari kiamat.

Peminat daripada pelbagai latar belakang agama menerusi Twitter menggesa Rihanna, 32, mengeluarkan lagu itu dan meminta maaf kepada umat Islam.

Seorang pengguna Twitter, @kooohobi berkata, menggunakan hadis dalam bentuk dan cara apa pun tidak sopan.

“Tindakan Rihanna ini terlalu melampau, selepas bergambar di hadapan masjid.

Serius? Dia betul-betul tidak belajar untuk menghormati agama?” tulisnya.

Seorang lagi pengguna Twitter, @LookingForR9 secara sinis menyindir perbuatan bekas kekasih Chris Brown itu.”Rihanna melakukan kesilapan tapi ia bukan Islamophobia. Rihanna perlu bertanggungjawab tapi ia bukan Islamophobia,” tulisnya.

Bagaimanapun penyanyi itu masih belum belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kontroversi itu. – AGENSI

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan