24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kontroversi Ebit Lew-UPSI selesai, 2 bas bawa pulang pelajar

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Kontroversi melibatkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dan pihak pengurusan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selesai selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat berhubung penghantaran pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berkenaan, malam tadi.

UPSI dalam hantaran Facebook berkata, Alhamdulillah, penghantaran pulang pelajar UPSI dengan kerjasama dari Ustaz Ebit berjaya dengan jayanya.

Menurutnya, sebanyak dua buah bas telah digunakan bagi penghantaran pulang pelajar ke negeri Pantai Timur (Kelantan dan Terengganu).

“Isu selesai, penghantaran pulang pelajar UPSI dengan kerjasama Ustaz Ebit berjaya dengan jayanya,” tulis hantaran itu.

Turut hadir ialah Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran.


Kata kenyataan UPSI lagi, bagi pelajar yang masih belum pulang, atau yang tidak ingin pulang, kebajikan mereka sentiasa dijaga oleh pihak Universiti, di mana tiada isu pelajar terkandas atau pelajar tidak makan dibangkitkan.


“Pihak UPSI juga amat mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan dari sesiapa sahaja, selagi peraturan dan Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan oleh kementerian, dipatuhi,” tulisnya.

Advertisements

Difahamkan, dua buah bas yang disewa khas Ustaz Ebit membawa kira-kira 30 pelajar UPSI berlepas pada pukul 11 malam selepas menjalani proses nyahkuman.

Kontroversi membabitkan Ustaz Ebit dan pihak pengurusan UPSI tercetus kelmarin selepas pendakwah itu memaklumkan di media sosial beliau terpaksa menangguhkan penghantaran pulang pelajar UPSI kerana perlu mendapat kelulusan pengurusan universiti terlebih dahulu.

Sementara itu, Ebit Liew dalam satu hantaran di akaun Facebook beliau menzahirkan rasa syukur dapat menghantar pelajar terbabit pulang ke kampung masing-masing.

Menurutnya, beliau memberi wang saku kepada pelajar terlibat dan akan menyediakan lima buah bas lagi untuk menghantar pelajar UPSI atau pelajar universiti lain yang memerlukan secara percuma.

“Terima kasih Naib Canselor dan pihak pentadbiran UPSI termasuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan warga UPSI yang amat saya hormati dan sayangi.

“Naib Canselor minta kerjasama jika ada peluang untuk saya membimbing pelajar UPSI kerja khidmat masyarakat,” katanya.

 Tambahnya, beliau turut menyediakan lima bas percuma hari ini mengikut keperluan pelajar dan bersedia bekerjasama dengan mana-mana universiti memerlukan. – Edisi9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan