32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Covid-19: Berita palsu doktor HKL kembali tular

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  hari ini mengesan laporan berita palsu yang kembali tular di aplikasi WhatsApp mengenai dakwaan seorang pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengeluarkan kenyataan menyentuh gerak kerja KKM dalam menangani Covid-19. 

Menurut KKM dalam hantaran Facebook, Pengarah HKL, Datuk Dr Heric Corray bagaimanapun telah menafikan sepenuhnya kenyataan tersebut pada 17 Ogos 2020 sebelum ia kembali tular semalam.

Dalam kenyataan HKL Ogos lalu, pihaknya menafikan seorang pegawai perubatannya mengeluarkan kenyataan menyentuh dasar dan isu gerak kerja KKM seperti yang tular dalam media sosial sejak Mac lalu.

Corray berkata, pihaknya menafikan berita itu yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp yang memetik seorang Pegawai Perubatan bernama Dr Chong Yit Khang.

Menurutnya, pegawai perubatan itu sudah dikenal pasti dan diminta untuk memberikan maklum balas berhubung isu itu.

“Siasatan mendapati nama dan jawatan beliau digunakan tanpa pengetahuan dan isu yang terkandung di dalam rantaian mesej itu adalah palsu dan tidak dikeluarkan olehnya.

“Pegawai Perubatan terbabit turut membuat laporan polis,” kata kenyataan itu.

Dr Corray berkata, HKL memohon masyarakat berhati-hati dan tidak menyebarkan sebarang berita atau maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan keresahan dan kerisauan orang ramai.

“Sebarang maklumat berkenaan Covid-19 di Malaysia, sila rujuk kepada sumber rasmi KKM (www.moh.gov.my) bagi mendapatkan maklumat tepat dan sahih mengenai Covid-19,” katanya.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan