29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Isteri John Travolta meninggal dunia

Mesti Baca

AKTRES yang juga isteri kepada pelakon Hollywood John Travolta, Kelly Preston meninggal dunia semalam setelah dua tahun bertarung dengan kanser payudara.

Memetik laporan mStar Online, berita sedih mengenai kematian aktres berusia 57 tahun itu dikongsi oleh Travolta menerusi laman Instagram.

“Berat hati untuk memaklumkan kepada semua bahawa isteri saya, Kelly telah pergi selepas berjuang dua tahun dengan kanser payudara.

“Dia telah berjuang dengan penuh berani melawan penyakit ini bersama kasih sayang dan sokongan ramai,” tulisnya.

Travolta dalam pada itu meminta ruang peribadi dan memohon maaf kepada peminat kerana perlu memberikan fokus kepada anak-anak terlebih dahulu selepas pemergian isteri tercinta.

“Kelly akan terus dicintai dan diingati selalu. Saya akan mengambil beberapa tempoh untuk bersama dengan anak-anak yang kehilangan ibu mereka.

“Atas sebab itu, saya minta maaf sekiranya tidak mendengar khabar mengenai kami buat seketika, tetapi saya dapat rasai kasih sayang daripada anda semua,” katanya.

Kedua-dua selebriti itu mendirikan rumah tangga di Paris pada tahun 1991.

Hasil perkahwinan selama 29 tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ella, 20, dan Benjamin, 9.

Bagaimanapun, anak lelakinya, Jett meninggal dunia pada 2009 pada usia 16 tahun.

Kelly mempunyai perjalanan karier yang panjang dalam industri filem dan televisyen dan kebanyakannya digandingkan bersama suaminya.

Filem terakhir gandingan bersama pasangan ini adalah berjudul Gotti yang ditayangkan pada 2018.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan