27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Ibadah haji: Arab Saudi terima permohonan daripada 160 negara

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

RIYARD – Kementerian Haji dan Umrah telah melakukan penyaringan secara elektronik ke atas individu daripada 160 negara untuk memilih jemaah yang akan melaksanakan ibadah haji tahun ini.

Menurut kementerian itu, permohonan berkenaan diteliti berdasarkan piawaian tinggi bagi memastikan keselamatan dan kesihata jemaah haji.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi pula berkata, sesiapa yang didapati memasuki kawasan haji iaitu Mina, Muzdalifah dan Arafah tanpa permit mulai 20 Julai ini bersamaan 28 Zulkaedah hingga 2 Ogos bersamaan 12 Zulhijjah akan dikenakan denda sebanyak 10,000 riyal (RM11,372).

‘’Jumlah denda akan meningkat sekali ganda jika mengulangi kesalahan tersebut. Anggota keselamatan akan ditempatkan di laluan menuju tempat-tempat tersebut bagi memastikan sesiapa yang melanggar undang-undang akan ditahan dan didenda,’’ kata kementerian itu.

Kelmarin, pemerintah Arab Saudi memutuskan maksimum hanya 10,000 jemaah dibenarkan untuk menunaikan ibadah haji, tahun ini.

Sebanyak 70 peratus daripada jumlah itu terdiri daripada ekspatriat yang bermastautin di Arab Saudi manakala 30 peratus dikhususkan untuk rakyat negara itu.

Ekspatriat yang terpilih melaksanakan ibadah yang dijadualkan bermula 28 Julai ini, diberi tempoh lima hari mulai Isnin lepas hingga Jumaat lalu untuk membuat pendaftaran secara dalam talian.

Advertisements

Pemohon harus tidak mengidap sebarang penyakit kronik dan menyertakan laporan perubatan yang membuktikan mereka bebas daripada jangkitan Covid-19.

Mereka juga disyaratkan tidak pernah menunaikan ibadah haji, berumur antara 20 hingga 50 tahun dan menandatangani perakuan mematuhi proses kuarantin sebelum dan selepas melaksanakan ibadah tersebut.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menegaskan, kriteria kesihatan menjadi penentu utama pemilihan ke atas mereka yang dibenarkan melaksanakan ibadah haji tahun ini.

Kuota 30 peratus yang ditetapkan kepada jemaah haji Arab Saudi pula dikhaskan kepada pengamal perubatan dan anggota keselamatan yang telah pulih daripada Covid-19.

Mereka akan dipilih melalui pengkalan data pesakit yang pulih sebagai pengiktirafan terhadap peranan mereka dengan syarat memenuhi kriteria kesihatan yang ditetapkan.

Setiap tahun lebih 2 juta umat Islam melaksanakan ibadah haji. Keputusan pemerintah Arab Saudi yang memutuskan untuk mengurangkan jumlah jemaah haji telah mendapat sokongan dunia Arab dan masyarakat antarabangsa. – Agensi

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan