24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Parlimen singkir Speaker dengan beza dua undi

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Proses undian belah bahagian usul menyingkirkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof genting apabila lulus dengan hanya perbezaan dua undi.

Usul yang dibawa oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum dibahas oleh wakil-wakil kerajaan dan pembangkang menyaksikan 111 Ahli Parlimen menyokong sementara 109 lagi menolak.

Timbalan Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon yang mempengerusikan mesyuarat tersebut mengambil sikap berkecuali sementara seorang Ahli Parlimen tidak hadir kerana sakit.

Berdasarkan pernyataan di laman web Parlimen, Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh melepaskan jawatannya dan mengosongkan jawatan tersebut sekiranya:

  1. Dewan Rakyat mula bersidang selepas pilihan raya berhenti menjadi ahli Dewan Rakyat jika beliau ahli Dewan yang dipilih;
  2. Jika pada bila-bila masa Dewan Rakyat membuat ketetapan untuk Yang Dipertua mengosongkan jawatan tersebut

Bagaimanapun inilah kali pertama dalam sejarah Parlimen Malaysia, Yang DIpertua diminta mengosongkan jawatannya.

Dengan keputusan tersebut bermakna kekosongan tempat Mohamad Ariff dan Kor Ming akan digantikan dengan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun.

Advertisements

Mohamad Ariff dilantik ke jawatan tersebut pada 16 Julai 2018 selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengundian usul penyingkiran Yang DIpertua dan Timbalan Yang Dipertua di Dewan Rakyat hari ini membuktikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin berada dalam kedudukan tidak selesa.

Semalan, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jika usul tersebut gagal diluluskan bermakna kerajaan PN sudah tidak lagi memiliki legimitasi dan majoriti untuk meneruskan hayat pentadbiran yang ada.

“Maka kerajaan tiada pilihan lain melainkan mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen,” katanya dalam akaun Facebooknya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming yang turut diusul untuk digugurkan mengosongkan jawatan itu sebelum undian dibuat.

Pengosongan itu membolehkan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said akan mengambil alih tempat tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan