26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PM terpaksa bubar Parlimen jika usul singkir Speaker, Timbalan Speaker gagal

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Usul menyingkirkan Yang Dipertua Dewan Rakyat (Speaker), Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan timbalannya, Nga Kor Ming merupakan ujian pertama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini kerana jika usul yang akan dibawa oleh Muhyiddin esok gagal, bermakna beliau tiada pilihan lain melainkan mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk memohon pembubaran Parlimen.

“Jika gagal bermakna kerajaan PN (Perikatan Nasional) sudah tidak lagi memiliki legimitasi dan majoriti untuk meneruskan hayat pentadbiran yang ada.

“Maka kerajaan tiada pilihan lain melainkan mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen,” katanya dalam akaun Facebooknya, malam tadi.

Usul penyingkiran Mohamad Ariff dan Kor Ming untuk digantikan dengan Datuk Azhar Harun dan Datuk Seri Azalina Othman Said akan menjadi usul pembuka sejurus sidang Parlimen bermula esok.

Advertisements

Bagaimanapun usul tersebut dijangka akan ditentang oleh Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) serta blok Bebas yang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Manakala ahli-ahli Parlimen di blok kerajaan pula akan mempertahankannya.

Justeru, Asyraf berharap kerajaan PN terus dipertahankan demi kepentingan rakyat dan negara.

Katanya, berdasarkan aturan tempat duduk sidang pada 18 Mei lalu serta peralihan sokongan terkini, terdapat tiga blok utama dalam Parlimen.

Ia terdiri daripada 113 kerusi yang mewakili PN, 91 kerusi PH manakala 18 lagi di blok Bebas manakala majoriti mudah untuk membolehkan usul tersebut diluluskan ialah sebanyak 112 kerusi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan