27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 4, 2023

10 juta kanak-kanak tidak dapat bersekolah pasca Covid-19

Mesti Baca

LONDON – Pandemik Covid-19 mengakibatkan darurat pendidikan yang tidak pernah terjadi sebelum ini dengan kira-kira 9.7 juta kanak-kanak yang terjejas oleh penutupan sekolah berdepan risiko mungkin tidak akan pernah kembali ke sekolah.

Badan kebajikan Britain ‘Save the Children’ yang memetik data UNESCO menunjukkan, seramai 1.6 bilion anak muda tidak dapat hadir ke sekolah dan universiti pada April disebabkan oleh langkah-langkah membendung Covid-19 atau kira-kira 90 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar di dunia.

“Buat kali pertama dalam sejarah, pendidikan seluruh generasi kanak-kanak di dunia terjejas,” kata badan itu dalam laporan terbaru bertajuk ‘Save our Education’.

Menurut Save the Children, kesan ekonomi daripada krisis itu boleh mengheret lagi 90 hingga 117 juta kanak-kanak ke dalam kancah kemiskinan, sekali gus menjejas kemasukan ke sekolah.

Dengan lebih ramai golongan muda terpaksa bekerja atau kanak-kanak perempuan dipaksa berkahwin pada usia muda bagi menyara keluarga mereka, ia mungkin menyebabkan antara tujuh dengan 9.7 juta kanak-kanak tercicir dari sekolah buat selama-lamanya.

Ketua Eksekutif Save the Children, Inger Ashing pada masa sama memberi amaran krisis itu mungkin menyebabkan kekurangan AS$77 bilion (RM327.9bilion) dalam belanjawan pendidikan bagi negara-negara berpendapatan rendah dan pertengahan menjelang akhir 2021.

Baca juga:   PBB tuduh Qatar beri layanan buruk 2 juta buruh Asia, Afrika

“Kira-kira 10 juta kanak-kanak mungkin tidak akan kembali ke sekolah untuk selama-lamanya berikutan darurat pendidikan yang belum pernah terjadi dan kerajaan perlu melabur dalam bidang pendidikan dengan segera

Baca juga:   PPV Stadium Bukit Jalil mula dibuka, tampung 10,000 dos sehari

“Sebaliknya kami berisiko menghadapi potongan belanjawan yang tidak pernah terjadi yang menyebabkan jurang ketidaksamarataan antara golongan muda dengan miskin, dan antara kanak-kanak lelaki dengan perempuan meluas,” katanya.

Sementara itu, Save the Children mendesak pemiutang komersial supaya menangguhkan pembayaran hutang buat negara berpendapatan rendah, langkah yang dikatakan dapat menyediakan sebanyak AS$14 bilion (RM59.6 bilion) untuk program pendidikan.

Laporan Save the Children menyenaraikan 12 negara di mana kanak-kanak paling berisiko ketinggalan iaitu Niger, Mali, Chad, Liberia, Afghanistan, Guinea, Mauritania, Yemen, Nigeria, Pakistan, Senegal dan Ivory Coast.

Tambah laporan itu, sebelum pandemik Covid-19 bermula, kira-kira 258 juta kanak-kanak dan remaja sudah tidak dapat ke sekolah.

Wartawan

Terkini

Liga Super: Terengganu mudah jinakkan Perak

TERENGGANU seperti dijangka tidak berdepan masalah untuk menundukkan Perak 3-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak,...

Lagi Artikel Berkaitan