26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 8, 2023

Leicester City dibelasah, peluang United ke Liga Juara-Juara cerah

Mesti Baca

PENYOKONG Manchester United bersorak gembira apabila peluang pasukan mereka untuk menduduki empat tangga teratas Liga Perdana Inggeris semakin cerah selepas Leicester City dibenam 4-1 oleh AFC Bournemouth dalam perlawanan awal pagi tadi.

Kini hanya dengan berbaki tiga perlawanan sahaja, Leicester City yang menghuni tangga keempat hanya memiliki 59 mata manakala Chelsea di tempat ketiga dengan 60 mata.

Sedangkan, Manchester United yang masih mempunyai baki empat perlawanan dengan berbekalkan 58 mata bakal bertemu Southampton awal pagi esok.

Ini bermakna, sekiranya Manchester United mampu mengutip tiga mata di laman sendiri dalam pertemuan tersebut, The Red Devils akan berjaya memintas kedua-dua pasukan tersebut sekali gus menduduki tempat ketiga liga.

Bagaimanapun apa yang lebih menarik, sebelum liga ditamatkan, Manchester United akan bertemu Leicester City pada perlawanan terakhir musim ini di mana kedua-dua pasukan akan bertarung habis-habisan bagi meraih tiga mata-mata memandangkan jurang perbezaan mata antara tiga pasukan berkenaan amat tipis.

Dalam perlawanan awal pagi tadi, Leicester City yang bertandang ke Vitality Stadium berjaya mendahului tuan rumah hasil jaringan penjaring terbanyak liga, Jamie Vardy pada minit ke-23.

Namun pada separuh masa kedua, AFC Bournemouth mula membuka langkah apabila menyamakan kedudukan selepas dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Junior Stanislas pada minit ke-66.

Baca juga:   Villa lonjak ke tangga kelima EPL

Seminit kemudian tuan rumah menambah gol kedua menerusi jaringan, Dominic Solanke.

Baca juga:   Selepas dibelasah JDT, Teong Kim ‘koyak’?

Tidak sampai seminit, pengadil kemudian melayangkan kad merah kepada pertahanan tengah Leicester City, Caglar Soyuncu kerana menendang pemain Bournemouth, Callum Wilson yang cuba mengambil bola di dalam gol.

Hanya dengan 10 pemain, derita Leicester City bertambah apabila rembatan Stanislas ditampan Jonny Evans sebelum gagal diselamatkan penjaga gawang Leicester City, Kasper Schmeichel dan dikira sebagai gol sendiri pada minit ke-83.

Pada penghujung perlawanan, Solanke menyempurnakan gol keempat tuan rumah pada minit ke-87 sekali gus meranapkan impian Leicester untuk mencuri tiga mata daripada Bournemouth yang kini menghuni zon penyingkiran.

Sementara itu, Arsenal terus ditimpa malang apabila kecundang 2-1 di tangan Tottenham Hotspur.

The Gunners bermula garang apabila bintang Perancis, Alexadre Lacazette berjaya menjaringkan gol hasil rembatan padu dari luar kotak penalti pada minit ke-16.

Tetapi, tiga minit kemudian, kealpaan barisan pertahanan berpunca daripada hantaran cuai Kolasinac ke belakang kepada David Luiz membuatkan penyerang tuan rumah, Heung-Min Son tidak melepaskan peluang mencuri bola sebelum menyumbat masuk gol penyamaan.

Anak buah Mikel Arteta, kemudian dikecewakan pemain pertahanan Tottenham Hotspur, Toby Alderweireld yang berjaya menanduk masuk hasil sepakan sudut Son pada minit ke-81.

Baca juga:   Piala FA: JDT mudah atasi Penang

Kekalahan itu membuatkan The Gunners tergelinncir ke tangga kesembilan liga yang sebelum ini menghuni tangga ketujuh.

Wartawan

Terkini

UMNO lancar Tabung Pendidikan Melayu

UMNO hari ini melancarkan Tabung Pendidikan Melayu dengan sasaran jumlah dana sebanyak RM10 juta dalam tempoh setahun. Pengerusi Sekretariat Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan