24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

12 juta kes global Covid-19, 5 hari naik sejuta

Mesti Baca

NEW YORK – Jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka 12 juta, pertambahan satu juta kes yang hanya mengambil masa lima hari sahaja.


Peningkatan satu juta kes itu adalah yang terpantas pernah direkodkan sejak bermulanya pandemik Covid-19 di seluruh dunia yang kini memasuki bulan ketujuh.
Global News bagaimanapun melaporkan, masih tiada petunjuk bila pandemik itu akan berakhir.


Sebelum ini, pertambahan satu juta kes Covid-19 mengambil masa selama beberapa minggu namun ia meningkat secara mendadak sejak kebelakangan ini.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  melaporkan, jumlah jangkitan harian Covid-19 meningkat berkali ganda sejak Jun lalu dan bulan ini.


Menurut data kesihatan awam dikumpulkan Universiti John Hopkins, sebanyak 12,007,327 jangkitan direkodkan setakat petang semalam.

Angka kematian turut meningkat menghampiri angka 550,000 selepas mencapai angka setengah juta kematian pada 28 Jun.

Semalam turut menyaksikan negara paling banyak jangkitan Covid-19, Amerika Syarikat (AS) merekodkan sebanyak tiga juta kes jangkitan.

Advertisements

Peningkatan mendadak itu hanya mengambil masa 28 hari untuk bertambah dari dua juta kepada tiga juta kes ketika tempoh 43 hari bagi angka satu juta kes meningkat kepada dua juta kes.

Kadar peningkatan kes itu disumbang oleh pertambahan jangkitan baharu di kebanyakan negeri AS selepas pembinaan semula sektor ekonomi selepas pelaksanaan perintah berkurung.

Pegawai kesihatan menyalahkan peningkatan kes itu disumbang oleh faktor kebenaran berhimpun dan penjarakan sosial.

Namun, bukan hanya AS negara di dunia menyumbang kepada peningkatan jangkitan kerana negara seperti Brazil, Mexico dan India terus mencatatkan pertambahan kes secara mendadak.

Afrika Selatan pula dilapor sedang merekodkan pertambahan kes mendadak yang melonjak melebihi  200,000 jangkitan minggu ini.

Pakar menjangkakan angka sebenar kes Covid-19 di seluruh dunia adalah 10 kali ganda daripada angka sebenar berikutan kekurangan kapasiti ujian pada tempoh awal pandemik.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan