26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

KBS perjuang pengurangan cukai tiket MotoGP

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) berusaha memperjuangkan pengurangan cukai hiburan sebanyak 25 peratus sekali gus dapat mengurangkan harga tiket bagi kejuaraan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia pada November ini.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, kementerian itu turut menerima banyak permintaan pengurangan cukai bukan sahaja bagi acara sukan malah untuk program atau acara berakaitan belia.

“Sudah semestinya (harga tiket MotoGP mahal) jadi kita akan perjuangkannya,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ihya Ramadan bersama media di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) malam tadi.

Sementara itu, Hannah berkata cadangan mengembalikan kejuaraan Formula Satu (F1) ke negara ini agak mustahil kerana penganjurannya memakan belanja yang sangat besar.

Advertisements

Sebaliknya kata beliau, KBS memberi keutamaan kepada pemberian dana kepada SIC bagi menaik taraf infrastruktur di litar tersebut bagi menarik lebih banyak penganjuran acara sukan dalam masa akan datang.

“kalau mampu memang kita kan buat (anjurkan perlumbaan F1) tetapi kita tidak mampu sekarang. Jadi, kita akan gunakan dana yang ada untuk keutamaan lain dahulu,” ujar beliau.

Untuk rekod, Malaysia mula menganjurkan perlumbaan F1 sejak 1999 namun penganjuran itu dihentikan kerajaan pada 2017 susulan pendapatan hasil daripada acara tersebut mencatatkan penurunan saban tahun. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan