25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

La ni siapa yang duk ‘gila-gila’ nak jadi PM

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

AWAT la loghat sangat Tok Det ni, nak jugak jadi PM walaupun dah dua kali pegang jawatan tu. Tak cukup lagi ka 22 tahun dan 22 bulan, la ni nak mintak pulak, jadi PM kali ketiga untuk enam bulan.

Pening kepala Tok Aba dok fikir, umur dah 95 tahun tapi nak jadi jugak PM, macam orang lain dah tak ada dah. 

Kalau Bangunan Putra Perdana itu boleh bercakap, mungkin dia pun kata ‘awat tak dak muka lain ka nak jadi PM’.

La ni Tok Abah (Muhyiddin Yassin) dah bagus dah buat kerja, rakyat pun seronok. Tapi Tok Det tak seronok, tu yang dia nak jatuhkan Tok Abah tu. Macam-macam dia kata kat Tok Abah.

Sampai Tok Abah berdoa pun dia perli. Lepas tu kata Tok Abah buat rosak lebih teruk daripada Tok Najib. 

Dulu dia kata Tok Najib lebih teruk daripada Pak Lah, sebelum tu dia kata Pak Lah bagi negara rosak.  Tok Det ni ada masalah apa pun Tok Aba tak tau, semua orang dia kata bagi rosak negara, dia tak bagi rosak apa-apa ka masa jadi PM 22 tahun dan 22 bulan? 

Cuba habaq mai, apa dia nak buat dalam tempoh 6 bulan, orang tua-tua kata pejam celik pejam celik, tak sempat buat apa-apa pun. Tok Det bukan tak tau jawatan PM bukan macam ketua kampung?

Kalau Ketua Kampung pun tak boleh buat apa-apa kalau enam bulan. Tok Det dok ulang alik pi Langkawi pun dah makan masa beberapa hari dah, bila masa nak buat kerja-kerja negara.

Tu ta tak kira lagi terbang pi luar negara, memang la naik jet khas tapi bukannya terbang saja terus sampai, mau ambil masa berjam-jam juga, kalau campur perjalanan pergi dan balik tu pun dah makan hari.

Tau la sebelum ini ada orang kata Tok Det kerja 18 jam sehari, tapi pasai apa dok kerja elok-elok pi letak jawatan, lepas tu kelam kabut nak jadi balik PM, tuduh Tok Abah buat khianat.

Adoi! Ni lawak apa ni. Dia yang letak jawatan sampai kawan-kawan dia dalam Pakatan Harapan (PH) hilang kerja, la ni dok pi sana pi sini nak jadi PM. Dulu kata Anwar Ibrahim  ‘gila-gila’ nak jadi PM, la ni sapa yang buat perangai tu? 

Tok Det kata lepas enam bulan nak bagi kat Anwar. Hiss, PKR dah tak percaya dah. Dah dua kali kena kelentong, tak kan nak kena kelentong kali ketiga, kalau kena jugak, baik PKR ‘tutup kedai’ saja. Tapi kali ini PKR bijak sikit, depa dah tau Tok Det  ni ‘putar alam’ punya orang, janji punya janji, akhirnya semua makan capati.

Bila PKR tak setuju, Tok Det kata tak apa, mungkin ada cara lain nak jadi PM. Tu dia…dia nak jugak jadi PM. Lepas tu siap kata lagi sanggup tinggalkan PH plus jika rancangan nak jadi PM nak enam bulan lepas tu serah kat Anwar gagal. 

Tok Det kata tak mau kawan dengan Anwar, tapi yang pelik tu nak pakat dengan DAP dan Amanah. Habis tu PH nak panggil apa lepas ni ‘PH plus tolak’ ka tau macam mana? Sebab DAP, Amanah pun akan kawan dengan PKR jugak. 

Pasai apa yang Tok Det sayang sangat kat DAP ni? Dulu kalau tengok ‘Tok Det kata kat DAP, DAP kata Tok Det’, la ni sayang bukan main kat DAP sampai kata, Melayu mana takut kat DAP, dia Melayu bacul.  

La ni sapa yang bacul? Bagi Tok Aba, orang bacul ialah orang yang takut tak dapat sokongan DAP untuk jadi PM. Kalau DAP jadi penyokong kuat bagi Tok Det jadi PM, awat ingat depa tak mau balasan apa-apa ka. Mesti ada punya. Macam orang selalu cakap la, ‘’lu tolong gua, gua tolong lu’’ – betul tak?

Kawan-kawan Tok Det macam Lim Guan Eng, Tony Pua mesti nak minta pi balik dok kat Kementerian Kewangan, masa tu tak kan Tok Det tak bagi sebab depa yang sokong kuat Tok Det jadi PM. Mestila kena bagi, ‘last-last’ sampai rugi?

Tok Aba nak tanya, awat Tok Det ingat masih kuat lagi ka nak tarik orang Melayu sokong PH macam PRU-14? Janganla dok mimpi sangat, cukuplah mimpi nak jadi PM kali ketiga. 

Orang Melayu dah tau perangai Tok Det dan DAP, dulu depa percaya apa Tok Det cakap, sampai semua kelam kabut balik kampung nak jatuhkan BN, la ni depa dah tau, sekupang pun tak guna kalau bagi  balik kuasa kat PH, tambah pula bila DAP ada banyak kerusi, jangan harap la nasib orang Melayu nak terbela.

Akhir sekali Tok Aba nak pesan kat Tok Det, tok sah menyusahkan diri nak jadi PM lagi, orang dah tak mau sudah la, buat apa nak hemoi. Malu la sikit, kita dah tua-tua ni, jaga la maruah, tok sah la dok berebut jawatan, bukan boleh bawa pi kuboq pun. Jangan marah Tok Aba, pesan saja.

TOK ABA – Dah tua-tua ni banyak baca kitab, bukan baca fail

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan