31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Sekolah bersedia laksanakan sesi persekolahan dalam PKPP

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

SUNGAI BULOH – Seramai 34 orang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rahman Putra di sini mengadakan gotong-royong membuat persediaan bagi pembukaan semula sesi persekolahan mulai esok.

Pengetuanya, Ahmad Ismail berkata, warga sekolah itu kini bersedia menerima pelajar dalam suasana PKPP setelah hampir tiga bulan sesi persekolahan ditutup ekoran pandemik Covid-19.

KAIN pemidang diletakkan di laluan khas.

“Pelajar yang sihat sahaja akan dibenarkan hadir ke sekolah. Jika ada tanda- tanda gejala wabak, pelajar berkenaan akan ditempatkan di bilik isolasi dan ibu bapa akan dihubungi segera untuk dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut.

“Bagi pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) pula hanya murid yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sahaja dibenarkan hadir ke sekolah mengikut prosuder operasi Standard (SOP) yang telah digariskan,” katanya.

PPKI merupakan program untuk murid yang mempunyai masalah penglihatan pendengaran dan permasalahan pembelajaran.

Ahmad berkata, aktiviti selepas sesi persekolahan seperti kelas tambahan masih belum dibenarkan dan pelajar juga tidak dibenarkan berkumpul di hadapan pintu masuk sekolah.

Selain itu pergerakan pelajar ke makmal, bengkel dan lain-lain akan melalui laluan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

KERJA-KERJA membuat laluan pelajar di pekarangan SMK Bukit Rahman Putra.

Sebanyak 25 buah bilik kelas termasuk penempatan bilik kesihatan dan unit stor telah dibuat penjarakan sosial dengan kerja-kerja dimulakan pada jam 9 pagi dan berakhir jam 1 petang. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan