25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, February 17, 2025

PLUS terima pengiktirafan Sistem Pengurusan Antirasuah

Mesti Baca

BARU-BARU ini, PLUS Malaysia Bhd (PLUS) menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan pensijilan ISO 37001:2016 bagi Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS).

Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Azman Ismail, pengiktirafan itu diterima selepas lima bulan komitmen ikrar Antirasuah dan Korupsi (ABAC) di hadapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Hari Integriti PLUS Februari lalu.

Beliau juga amat berbangga kerana dalam situasi wabak COVID-19, PLUS berupaya mempercepatkan mengadaptasi cara kerja baharu dengan memanfaatkan penggunaan teknologi untuk menghubungkan kakitangan, rakan niaga dan masyarakat terhadap kepentingan menegakkan integriti.

“Pengiktirafan tersebut mengukuhkan lagi tahap kedudukan sikap sifar toleransi PLUS terhadap semua bentuk rasuah dan korupsi.

“Slogan #pilihintegrititiadatoleransi yang kami terapkan menegaskan kepercayaan kami bahawa tiada kompromi terhadap perihal integriti,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

antirasuah

Sementara itu, Ketua Pegawai Governans dan Risiko PLUS, Satpal Singh memberitahu, pensijilan tersebut membuktikan hasil usaha yang luar biasa PLUS dalam usaha mendorong ke arah pemikiran budaya ABAC dalam kalangan warga kerjanya.

Advertisements

Katanya, pengiktirafan itu membuktikan komitmen dan kesediaan mereka terhadap keperluan tanggungjawab korporat dalam Seksyen 17 (A) Akta SPRM.

Beliau menjelaskan, pensijilan tersebut diperoleh setelah pemeriksaan audit secara teliti dan mendalam yang dilakukan oleh SIRIM QAS International.

“SIRIM QAS telah membuat kesimpulan bahawa PLUS telah menunjukkan proses dan amalan yang berkesan untuk mengelak, mengesan dan bertindak balas terhadap gejala rasuah selaras dengan undang-undang anti rasuah,” jelasnya.

Satpal berkata, sebelum penerimaan pengiktirafan tersebut, PLUS telah melancarkan saluran pemberian maklumat dalam laman sesawang rasminya bagi membolehkan orang ramai melaporkan kes yang disyaki berkenaan dengan perlakuan tidak wajar PLUS tanpa perlu rasa takut dan risau terhadap sebarang tindakan balas.

“Semua laporan yang diterima adalah sulit dan tindakan akan diambil kepada mereka yang tidak mematuhi Prinsip ABAC PLUS,” ujarnya.

Tahniah kepada PLUS dan diharapkan pengiktirafan ini akan menjadi contoh yang baik kepada semua syarikat milik kerajaan (GLC) untuk menerapkan dan memantapkan budaya anti rasuah dalam kalangan warga kerjanya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Bekas ADUN Kemasik kritikal, keluarga mohon kemaafan 

BEKADS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Terengganu, Datuk Abu Bakar Ali dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di...

Lagi Artikel Berkaitan