25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pasai apa yang UMNO kalut sangat, sabar la…

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

TOK Aba geleng kepala bila baca Tok Zahid keluar kenyataan bagi tempoh 14 hari kat kerajaan untuk panggil sidang Parlimen. Kalau tak buat, Majlis Tertinggi UMNO akan bincang tindakan lanjut.

Bila Tok Zahid cakap macam tu, semua orang dah boleh agak mesti nak tarik sokongan kat Kerajaan Perikatan Nasional. Tu saja modai yang UMNO ada.

Tok Aba tak kata apa UMNO buat tu salah, cuma Tok Aba heran pasai apa yang UMNO ni kalut sangat nak berpolitik tak habis-habis.

Tok Abapun setuju titah Yang di-Pertuan Agong perlu dihormati dan dilaksanakan, cuma kerajaan perlu masa nak buat.

Perdana Menteri pun dah kata nak tubuh jawatankuasa kaji macam mana proses nak buat sidang Parlimen tu, Tok Din bukan tak nak buat, Tok Din pun tau titah Yang di-Pertuan Agong kena ikut, cuma Tok Din nak atuq (atur) elok-elok supaya tak dak masalah.

Tok Din nak pastikan semua orang selamat masa kat Parlimen. Tak mau la buka Parlimen lepas tu ada pulak kluster Parlimen, lepas tu tuduh kerajaan macam-macam.

Tok Zahid dengan kawan-kawan dia kena faham Ketua Pengarah Kesihatan pun dah cakap, la ni ada kes tak bergejala dan kes sporadik – yang Tan Sri Noor Hisham kata bermaksud, kes dalam komuniti yang tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kes atau kluster sedia ada. Ni yang kerajaan nak jaga.

Tapi Tok Zahid dan kawan-kawan dia macam tak sabaq dah, kalau boleh esok juga depa nak Parlimen buka. Nampak la ni, dua tiga orang dalam UMNO paling syok ‘serang’ kerajaan walaupun parti itu dalam kerajaan. Ada saja isu… depa paling kuat bantai, senang pembangkang, depa tak payah buat apa-apa dah sebab UMNO dah buat kerja depa.

Cuma Tok Aba nak tanya, lepas 14 hari tu berani ka UMNO nak buat keputusan keluar parti. Sebab kawan-kawan Tok Aba kata  dalam UMNO pun macam kapal nak pecah. Dah berpuak-puak. Tok Zahid tak boleh control. Sebab tu dengaq cerita ada pemimpin UMNO  tanya macam mana Tok Zahid boleh keluaq statement macam tu, betui ka?

Tok Aba nak tanya, kalau UMNO keluaq daripada Kerajaan PN, awat Tok Zahid ingat kerajaan boleh tumbang ka. Cuma Tok Zahid kira betui-betui agak-agak la berapa orang dalam geng ahli Parlimen UMNO yang akan sokong keputusan tu. Tok Aba dengaq cerita la, tak tau la betui ka tak, geng ahli Parlimen yang sokong dia tak sampai pun 15 orang. 

Depa bukan tak setia dengan parti, bukan tak nak patuh arahan parti tapi depa pelik pasai apa Tok Zahid dan beberapa kawan dia suka sangat bergaduh dengan Tok Din.

Advertisements

UMNO dah buat keputusan tak nak kerjasama dengan Bersatu bila pilihan raya nanti, oklah tu..tunggulah Parlimen bubar lepas tu tok sah kawan dah dengan Bersatu, kalau rasa tu langkah yang betui. Tapi yang Tok Aba takut UMNO salah langkah saja.

La ni geng-geng UMNO dalam Kabinet dok buat kerja elok-elok jaga masalah Covid ini. Siang malam kerja, pi sana pi sini , satu demi satu masalah depa selesaikan.

Tok Din pun dah turun padang, tinjau macam mana proses cucuk orang dok jalan…ramai  dah puji. Jadi Tok Zahid dengan kawan-kawan tok sah la kacau. Tok sah dok kalut  suruh buat sidang Parlimen. PM tau la bila nak bersidang, PM bukan kata tak mau buat, tapi tengah dok atuq elok-elok dulu.

Tok Zahid kena faham, kalau politik kelam kabut, orang tuduh UMNO sebab UMNO yang nampak dok kacau sangat. Pembangkang orang tau la tu memang kerja depa pun, nak buat macam mana.

Jangan la ingat macam-macam orang dok cakap pasai kerajaan la ni, UMNO boleh untung dalam pilihan raya…belum tentu lagi. Tok sah dok seronok sangat baca orang kutuk kerajaan dalam facebook ka, twitter ka…kena ingat rakyat tak dak dalam grup media sosial berjuta lagi.

Lagipun Tok Aba percaya semua tu sat saja, bila kerajaan terus buat kerja elok-elok, lama-lama orang mesti suka.

Jadi Tok Aba nak nasihat Tok Zahid jangan kalut  bab sidang Parlimen ni. Sebab Tok Aba dok nampak, apa yang UMNO buat la ni boleh bagi orang menyampah kat UMNO. Bukan pasai apa,  Covid-19 dok banyak lagi. 

Jadi Tok Aba nak minta la kat Tok Zahid, sabaq sikit. Tok sah nak bagi tempoh kat kerajaan. Jaga UMNO tu elok-elok. Sebab macam-macam cerita Tok Aba dengaq dan macam-macam orang dok kata pasai cara Tok Zahid pimpin UMNO.

Tapi Tok Aba ni baik, tak mau kata apa lagi, Tok Aba tak mau main politik time-time macam, takut nanti orang kata tak dak akai cakap pasal politik time rakyat tengah risau pasai Covid. Kalau nak cakap politik pun orang boleh kata tak dak akai, apa lagi kalau nak berpolitik time macam ni.

Bila masa sampai masanya Tok Aba akan cakap pasai politik termasuklah macam mana nak selamatkan UMNO. Pasai apa nak selamatkan UMNO. Tunggu la waktu sesuai, Tok Aba cerita.

Cuma Tok Aba nak pesan kat geng-geng UMNO, jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran… masa tu orang Kedah kata…teriak ayaq mata darah pun tak guna!

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan