34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kes sporadik terus meningkat, amal tindakan kesihatan kendiri

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan menyeru masyarakat supaya terus konsisten dalam mematuhi sepenuhnya SOP dan mengamalkan Tindakan Kesihatan Awam Kendiri sebagai salah satu langkah mendepani peningkatan kes-kes sporadik dan kes Covid-19 tidak bergejala khususnya di kawasan sesak dan berisiko tinggi. 

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, PKP (Lockdown) yang memasuki minggu ketiga menyaksikan jumlah kes harian Covid-19 masih berada pada paras yang tinggi melebihi 4,000 kes sehari.

‘’Tambahan, kes sporadik juga masih berada pada peratusan yang agak tinggi dan bilangan kluster kian bertambah saban hari. Semalam, KKM memaklumkan 22 kes varian baharu Variant of Concern (VOC) virus SARS-CoV-2 telah dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan.

”Setakat ini, Selangor dilaporkan mempunyai 45 kes varian VOC Beta (B.1.351) penularan tempatan,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes sporadik bermakna kes yang dikesan di dalam komuniti yang tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kes atau kluster sedia ada.

Dr.Noor Hisham berkata, apa yang lebih membimbangkan adalah kebanyakan kes sporadik tersebut tidak bergejala tetapi masih boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mereka yang tidak mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dengan betul.

Beliau berkata,   kawasan Lembah Klang yang sememangnya mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, bukan sahaja terdedah kepada bahaya banyak kes sporadik di dalam komuniti, malahan kebanyakan daripada  kes-kes Covid-19 ini tidak mempunyai gejala.

‘’Dengan erti kata lain, sukar bagi kita untuk mengetahui siapa yang mempunyai Covid-19 dalam kalangan masyarakat. Tambahan, VOC juga jumlah VOC penularan tempatan juga semakin meningkat.  Oleh itu adalah sangat penting bagi semua pihak mengambil maklum perkara ini dan melindungi diri serta keluarga masing-masing daripada bahaya Covid-19,’’ katanya.

Dr.Noor Hisham turut menyenaraikan Tindakan Kesihatan Awam Kendiri yang boleh diambil oleh masyarakat iaitu;

Advertisements

• Kekal duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar;

• Sekiranya perlu keluar, patuhilah arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN);

• Optimakan penggunaan teknologi komunikasi untuk kekal berhubung dengan sahabat-sahabat dan sanak-saudara;

• Gunakan perkhidmatan atas talian sekiranya perlu membuat sebarang pembelian;

• Jalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes yang positif. Sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen, maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri (self-notification) di aplikasi MySejahtera atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan. 

Bawa keputusan ujian dan hadir ke Covid-19 Assessment Centre (CAC) yang berdekatan di daerah/negeri anda untuk penilaian lanjut. Untuk senarai terkini CAC rujuk: http://covid-19.moh.gov.my/hotline ;

• Sekiranya dibenarkan untuk menjalani Home Surveilance Order (HSO), patuhilah segala peraturan. Jangan bercampur dengan ahli keluarga atau keluar dari rumah dalam tempoh ini. Anda berisiko menjangkiti orang lain. Sekiranya kesihatan anda merosot, hubungi perkhidmatan kecemasan dengan segera; dan

• Daftarkan diri anda dan ahli keluarga bagi mendapatkan vaksin COVID-19 sebagai langkah menyahut seruan kerajaan dalam membentuk imuniti kelompok.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan