Tok Aba betui-betui semak perut bila tengok perangai sesetengah pemimpin UMNO yang tak insaf-insaf lagi walaupun dulu dah kalah teruk dalam pilihan raya. Bila dah hilang kuasa lepas tu orang jemput untuk kongsi kuasa pandai-pandai la bawa diri.
Ni dak, tiap-tiap hari dok serang kerajaan, peliknya kawan-kawan depa pun ada dalam tu. Lepas tu saja cari pasai pi tarik sokongan kat Tok Din sebagai PM. Tok Aba tak faham pasai apa jadi macam tu. Yang heran tu kata tak sokong Tok Din tapi dok dalam kerajaan jugak.
La dok ‘meracau’ nak PM baru. Tok sah dok mimpi la kalau UMNO nak jadi PM.
Tok Aba marah bukan apa, orang dok sibuk nak urus pasai Covid-19, depa dok kelam kabut nak tukar PM. Kalau kuat tak apa juga, ni dalam parti sendiri pun macam kapal nak pecah, nakhoda pun kelam kabut tak tentu hala.
Tok Aba dok fikir-fikir pasai apa ada geng UMNO marah sangat kat Tok Din. Yang pelik tu depa pula lebih hebat daripada pembangkang. Ada sorang tu tiap-tiap hari ‘bantai’ kerajaan macam-macam dia tulis dalam FB.
Maklumlah orang popular, undi online kat mana-mana pun dia menang, jadi dia rasa dia layak la jadi PM balik, lepas tu dok cakap UMNO bukan gila kuasa. Tapi Tok Aba nak tanya, sapa depa nak pilih jadi PM?
Dalam UMNO la ni paling layak Tok Mail yang baru jadi TPM. Yang lain-lain Tok Aba tak nampak, tambah yang ada berlambak-lambak kes mahkamah, tok sah la dok berangan sangat nak buat ‘comeback’ ka apa ka.
Tapi buat masa ni, bagi Tok Aba orang ‘tak dak akai’ saja nak tukar PM termasuk puak-puak dok cakap pasai kerajaan interim, semua tu merapu saja, nak bagi negara huru-hara boleh la.Kalau rasa baguih sangat, popular sangat…sabaq sat… tunggu pilihan raya, masa tu lawan cukup-cukup, tu pun kalau yang dok memekak tu boleh bertanding la.
La ni kita kena tumpu selesai masalah Covid-19. Di Selangor dok mencanak naik…negeri-negeri lain Tok Aba nampak dah ok, tapi puak-puak yang tak suka kerajaan tak nampak, mungkin mata depa dah rabun sampai tukaq spek sebab banyak sangat tengok komputer pasai dok membebel kat FB.
Bagi Tok Aba, kerajaan tok sah dok layan..buat tak tau sajalah. Biaq pi la depa nak kata apapun. Kalau tanya macam mana nak selesai Covid, depa kan tau pun, komplen pandai la. Tok Aba tak salah parti, UMNO bagi Tok Aba, ok. Yang masalah ini sorang dua dalam parti tu.
Tok Aba tengok semua tu sebab masing-masing ada dendam kat Tok Din, maklum la dulu tahun 2015 depa pecat Tok Din sebagai TPM, tahun 2016 depa buang daripada UMNO.
Bukan pasai Tok Din hantar surat kat Agong sokong mana-mana pemimpin pembangkang jadi PM, tapi pasai Tok Din tanya pasai ‘satu syarikat’ tu. Tok Din hanya minta penjelasan last-last Tok Din depa buang macam tu saja.
Tok Din pakat dengan Tok Det kalahkan BN masa PRU-14, la ni depa nak balas dendam… tu saja. Depa nak tengok Tok Din jatuh masa jadi PM macam depa rasa dulu. Sebab tu depa buat keputusan ‘sebelah kaki dalam, sebelah kaki luar’.
Tok Aba setuju bila Tok Mail kata, tok sah dok politik sebab la ni rakyat tengah susah. Memang betui, nak berpolitik apanya…time-time macam ni. Sabaq la sat. Macam mana Tok Din dengan Tok Din nak buat kerja, kalau semua benda kerajaan buat dok kena ‘tibai’.
Bukan pasai Tok Din buat tak betui, tapi saja bagi nampak tak betui. Senang cakap Tok Din buat apapun depa akan ‘bantai’ juga sebab depa dok marah kata Tok Din tak habis lagi.
Nasihat Tok Aba, biaq pi la depa ‘meracau’, nak buat macam mana depa pun bukan ada kerja sangat, kecuali naik turun mahkamah. Tok Din dan Tok Mail buat kerja betui-betui selebihnya serah kepada Allah Taala.
Tok Aba yakin kalau kita ikhlas buat kerja nak tolong rakyat, nak pulih negara,inshaallah pasti akan diberkati.