29.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Sukma Sarawak: Lima sukan baharu dipertandingkan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK lima sukan baharu bakal dipertandingkan dalam temaya Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak pada Ogos depan.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkata, daripada tujuh sukan yang merayu untuk dimasukkan, hanya softball, kriket, catur, kabaddi dan silambam diterima untuk dimasukkan dalam senarai acara Sukma.

“Sarawak selaku hos dan Majlis Sukan Negara (MSN) telah bersetuju agar sukan ini turut dipertandingkan pada Sukma 2024 dan 2026. 

“Walau bagaimanapun, sukan-sukan ini perlu mendapat penyertaan dari enam negeri untuk dipertandingkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Sukma 2024 di Sarawak akan berlangsung daripada 17 hingga 24 Ogos dengan sebanyak 37 jenis sukan bakal dipertandingkan.

KBS berkata, temasya edisi ke-21  itu akan dilangsungkan di lapan bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Katanya, penganjuran itu diadakan di seluruh Sarawak bagi memastikan kemeriahannya dapat dirasai rakyat di seluruh negeri berkenaan kecuali acara basikal trek diadakan di Semananjung.

“Jawatankuasa Tertinggi Sukma juga bersetuju supaya temasya Sukan Para Sukma berlangsung daripada 21 hingga 28 September ini, membabitkan penganjuran di dua bahagian Sarawak iaitu Kuching dan Samarahan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan