Tuesday, July 21, 2026

Hishammuddin persoal keikhlasan UMNO 

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan UMNO dalam menerima kembali ahli-ahli mereka yang digantung atau dipecat.

Merujuk kepada dirinya, Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, beliau sendiri tidak tahu punca sebenar keahliannya digantung dan melabelnya sebagai tidak masuk akal.

“Sampai hari ini saya tak tahu apa sebabnya saya digantung dan masa saya digantung dulu, jawatankuasa disiplin tak pernah panggil saya untuk siasat (dan) untuk (saya) jawab.

“Jadi saya pun tak tahulah sama ada apa yang diluahkan (pelawaan) baru-baru ini ikhlas atau tidak,” katanya seperti yang dipetik daripada Sinar Harian hari ini.

Hishammuddin berkata demikian ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 pada Sabtu lalu bahawa parti itu sentiasa terbuka menerima kembali ahli-ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin termasuk mereka yang digantung atau dipecat.

Ahmad Zahid Hamidi berkata, pertimbangan tersebut diberikan khusus kepada mereka yang tidak berkokok atau menghentam parti dari luar.

Tan Sri Noh Omar dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dipecat parti atas pelanggaran disiplin mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

UMNO turut menggantung Hishammuddin, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd. Salim Sharif dan Shahril Hamdan selama enam tahun. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan