32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

6 bot China ceroboh perairan negara ditahan

Mesti Baca

KOTA TINGGI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili menahan enam bot China selepas dikesan memasuki perairan negara tanpa kebenaran.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, tangkapan itu dibuat di perairan Johor Timur pada pukul 9 pagi semalam selepas mendapat maklumat daripada Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ).

Memetik Harian Metro, kapal peronda APMM kemudiannya melancarkan Op Jaksa/Op Benteng Laut sebelum mengesan enam bot itu di dua kedudukan berbeza masing-masing pada 2.1 dan 2.3 batu nautika dari selatan Tanjung Setapa.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua bot tersebut yang berdaftar di Qinhuangdoa, China  dikendalikan oleh enam nakhoda dan 54 orang kru warga China berusia lingkungan 31 hingga 60 tahun.

“Kesemua mereka juga gagal mengemukakan sebarang kebenaran berlabuh di lokasi berkenaan daripada Jabatan Laut Malaysia serta kebenaran daripada Jabatan Perikanan Malaysia dan LPJ,” katanya dalam satu kenyataan , hari ini.

Mohd Zulfadli berkata, enam nakhoda terlibat dibawa ke pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk tindakan lanjut dan kesemua mereka turut menjalani ujian saringan Covid-19 sebagai langkah pencegahan penularan pandemik itu yang melanda.

Advertisements

Katanya, kesemua bot tanpa muatan tersebut dipercayai dari China dipercayai berhenti berlabuh kerana ada antaranya mengalami kerosakan.

“Ejen atau pengurus bot penangkapan ikan asing dinasihatkan mendapatkan kelulusan Jabatan Perikanan Malaysia terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang urusan pembaikan atau pengisian minyak khususnya di kawasan Pelabuhan Pasir Gudang atau sekitarnya.

“Pihak kami serius dalam memastikan perairan negara sentiasa dilindungi dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang untuk diambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 16(3) Akta Perikanan 1985 kerana memasuki perairan perikanan Malaysia tanpa pemakluman dan Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar (OPS) 1952 kerana berlabuh tanpa kelulusan dan pemakluman Pengarah Laut.

Katanya, jika didapati bersalah nakhoda boleh dikenakan denda tidak melebihi RM6 juta seorang dan kru sebanyak RM600,000 seorang mengikut Akta Perikanan 1985.

“Bagi Seksyen 491B(1)(L) OPS 1952 boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertembungan empat penjuru

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Khairul Azhari Saut...

Lagi Artikel Berkaitan