27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Jaringan ala ‘Ronaldo’ Enciso bantu Brighton ikat City

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BRIGHTON mengesahkan tempat ke kejohanan Liga Europa (UEL) musim depan selepas mengikat juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City 1-1 dalam aksi di Stadium Amex awal pagi tadi.

Keputusan itu turut menyaksikan rekod kemenangan 12 perlawanan berturut-turut City lebur.

Brighton bermula baik dan pada minit ke-20 menyaksikan sepakan percuma Danny Welbeck terkena terkena palang.

City yang baharu dinobatkan juara musim ini pada minggu lalu berjaya mendahului pada minit ke-25 menerusi Phil Foden yang mudah menyempurnakan hantaran Erling Haaland.

Untuk rekod, itu merupakan gol peribadi keenam Foden menentang Brighton sementara Haaland merekodkan 44 penglibatkan gol selepas meledak 36 gol dan lapan bantuan gol.

Advertisements

Video bantuan pengadil (VAR) menafikan gol Kaora Mitoma selepas pemain sayap Jepun itu dikena menggunakan tangan ketika jaringan dihasilkan namun Brighton berjaya menyamakan kedudukan tujuh minit sebelum rehat.

Julio Enciso mencipta gol cantik dari jarak 30 ela terus menuju ke penjuru gawang City ketika Ederson telah pun tertewas.

Brighton terlepas satu lagi peluang apabila jaringan Welbeck dibatalkan kerana offside sambil jaringan Haaland pada minit ke-79 turut tidak dikira kerana VAR mengesan kekasaran yang dilakukan penyerang itu ke atas Lewi Cowill.

The Seagull merupakan pasukan kedua merekodkan percubaan tertinggi menentang City yang dibimbing Pep Guardiola dengan 20 percuban.

Wolverhampton Wanderers merekodkan percubaan tertinggi dengan dengan 20 percubaan pada November 2019. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan