24.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

2 gol Martinez bantu Inter julang Piala Itali

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

INTER Milan meraih kejuaraan kedua musim ini selepas menewaskan Fiorentina 2-1, untuk muncul juara Piala Itali di Stadium Olimpico, awal pagi tadi.

Kemenangan itu merupakan tonik terbaik skuad Nerazzuri yang akan berdepan Manchester City dalam akai final Liga Juara Juara Eropah (UCL) pada 10 Jun nanti.

Nicolas Gonzalez meletakkan finalis Liga Konferensi Europa (ECL), Fiorentina di depan apabila menyudahkan hantaran silang Jonathan Ikone seawal minit ketiga perlawanan.

Inter bagaimanapun bangkit daripada ketinggalan apabila meledak dua gol dalam tempoh lapan minit menerusi penyerang antarabangsa Argentina, Lautaro Martinez.

Advertisements

Gol penyamaan dihasilkan pada minit ke-29 apabila Martinez yang menerima hantaran Marcelo Brozovic melepaskan satu rembatan dari sudut sukar sekali gus menewaskan penjaga gol, Pietro Terracciano.

Kegagalan pemain Fiorentina mengeluarkan bola daripada kawasan berbahaya mengundang padah apabila Martinez meledak gol kedua pada minit ke-37 menerusi sepakan voli selepas menerima hantaran Nicolo Barella.

Skuad Viola mencipta banyak peluang di babak kedua namun gagal menterjemahkannya dengan jaringan sekali gus menghadiahkan Inter kejuaraan Piala Itali kedua berturut-turut.

Fiorentina akan menentang wakil England, West Ham dalam final ECL yang akan berlangsung di Prague, Republik Czech awal pagi 8 Jun depan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

95,000 syarikat di bawah HRD Corp bakal latih pelajar IPMA

SEBANYAK 95,000 syarikat yang bernaung di bawah HRD Corporation (HRDC) sedia menanti para pelajar latihan dalam industri daripada institusi...

Lagi Artikel Berkaitan