29.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 6, 2023

Liga Super: JDT dalam kelas tersendiri

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENGEKALKAN rekod 100 peratus kemenangan Liga Super musim ini, menjaringkan 49 gol dalam 12 perlawanan dan hanya bolosi sekali merupakan satu rekod yang cukup menjelaskan Johor Darul Ta’zim berada di kelas tersendiri.

Dengan sembilan kejuaraan liga berturut-turut, skuad Harimau Selatan yang dibimbing Esteban Solari itu semakin sukar dihalang daripada memburu tahta ke-10 mereka pada musim ini.

Penjaga gol kebangsaan, Ahmad Syihan Azmi mengekalkan rekod 11 perlawanan tanpa bolos dengan dibantu keampuhan benteng pertahanan yang diterajui Feroz Baharuddin dan Jordi Amat.

Menariknya, penyandang juara Liga Super itu tidak pernah dibolosi daripada gerakan permainan terbuka dan hanya melepaskan satu gol menerusi sepakan penalti Leonardo Rolón ketika kemenangan 5-1 ke atas Kelantan Mac lalu.

Dengan purata 4.08 gol dalam setiap perlawanan, pasukan di Liga Super tampak bergelut apabila berdepan JDT dan hanya PDRM FC sahaja menjadi kelab tunggal tang dibolosi satu gol menentang JDT.

Baca juga:   Liga Super: KL City mudah tundukkan PDRM 

Sebut sahaja siapa, adakah Sabah, Selangor, Kedah mahupun Terengganu masing-masing yang pada awalnya dikatakan mampu memberikan cabaran namun apabila bertemu rebah di kaki ‘Sang Rimau’.

Dan terbaharu, pasukan yang mengelalkan rekod tanpa kalah musim ini bersama JDT, Sri Pahang juga tenggelam dalam dominasi penuh JDT di Stadium Sultan Ibrahim.

Anak buah Fandi Ahmad hanya dibolosi tujuh gol dalam 12 perlawanan terdahulu namun gawang mereka yang dikawal Zarif Irfan Hashimuddin bolos dua kali ketika turun ke Iskandar Puteri.

Baca juga:   Kejayaan Aaron-Wooi Yik, hadiah bermakna buat negara - PM

JDT berjaya menembusi kekebalan benteng Sri Pahang pada masa kecederaan separuh masa pertama menerusi jaringan penyerang prolifik, Bergson da Silva.

Gol kedua tuan rumah hadir pada minit ke-74 hasil sepakan lencong Fernando Forestierri ke penjuru kanan gol Sri Pahang sekali gus memastikan JDT mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus musim ini. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kerajaan sengaja lewat bentang Akta Pendanaan Politik

KERAJAAN didakwa sengaja melewat-lewatkan pembentangan Akta Pendanaan Politik dengan memberi alasan memerlukan masa untuk libat urus dengan semua parti...

Lagi Artikel Berkaitan