25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Terengganu temui semula sentuhan kemenangan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TERENGGANU FC kembali menemui sentuhan kemenangan selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Pulau Pinang dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.

Skuad Sang Penyu gagal merekodkan sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan terdahulu selepas tewas 5-1 kepada Selangor dan Pahang (2-1) dalam aksi liga sebelum bangkit ketinggalan dua gol bagi mengikat Sabah 2-2 di Likas Jumaat lalu.

Sony Norde berpeluang membuka jaringan pada minit ke-13 apabila menerima umpanan cantik Liridon Krasniqi namun tandukan penyerang Haiti itu diselamatkan penjaga gol, Azfar Arif Mohd Sukri.

Bagaimanapun, penjaga garisan telah mengangkat bendera menandakan offside.

Azfar Arif sekali lagi cemas apabila bola lambungan Syafiq Ismail hanya sedikit melewati palang gol pada minit ke-16.

Advertisements

Penjaga gol Terengganu, Suhaimi Husin turut cemerlang apabila menyelamatkan sepakan percuma Adriano pada minit ke-44 untuk memastikan gawangnya tidak dibocori.

Pada minit ke-68 menyaksikan Jordan Mintah terlepas peluang menjaringkan gol pendahuluan tuan rumah apabila melakukan kuisan cantik ke arah gol namun bola sekadar singgah di tiang sebelah kanan gawang.

Gol yang dicari Terengganu akhirnya tiba pada minit ke-75 apabila Engku Nur Shakir Engku Yacob menyudahkan hantaran Sony untuk meletakkan tuan rumah 1-0 di depan.

Nik Sharif Haseefy terlepas peluang menggadakan jaringan buat Terengganu apabila percubaannya dari dalam kota diselamatkan Azfar Arif. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan